Sunday, 10 April 2016

Siapa kata tak semua orang boleh jadi BOS?

Pastinya pernah terdetik dalam setiap insan, persoalan tentang menjadi BOS kan?

Nak jadi BOS bukan senang... Aku nie belajar pun tak tinggi... Kerja pun biasa biasa je...
Lebih lagi kalau kita dalam golongan 30 - 40% rakyat negara yg hanya mampu menghabiskan pengajian di peringkat SPM / STPM.

Mesti korang nak tau kan kenapa aku cakap "Siapa kata tak semua org boleh jadi BOS?"

Well, yang pastinya maksud aku dengan BOS bukanlah Pengurus sesebuah syarikat.
Tapi........


-BROTHERHOOD OF SCOOTERS-

Haaaa... apa tu Brotherhood Of Scooter?


"# B.O.S Since 29 Feb 2016

Selamat datang ke B.O.S (Brotherhood of Scooters). BOS adalah satu platform alternatif untuk memeriahkan dunia skuter di Malaysia. 

BOS juga adalah satu Komuniti pemilik skuter yang mengumpulkan semua pemilik Skuter dari pelbagai jenama bermula dari 150cc dan ke atas. 

Dengan membawa nama Brotherhood BOS akan menjadi satu wadah yang akan merapatkan ukhuwah dan bersilaraturrahim dengan semua pemilik skuter, semua komuniti dan semua kelab-kelab skuter yang sedia ada.

Tagline BOS.
Ride Without Boundaries.

Misi BOS.
Dengan semangat Brotherhood, BOS berhasrat untuk merapatkan ukhuwah dan bersahabat dengan semua bikers dan juga sesama komuniti dan kelab-kelab skuter yang sedia ada. 

Visi BOS.
Ride without Boundaries akan membawa BOS ke mana sahaja tanpa halangan dengan menggunakan pelbagai jenama skuter.

Objektif BOS.
Sebagai sebuah Komuniti Skuter, Ride & aktiviti adalah fokus utama untuk ahli-ahli BOS.

Barisan Pengasas BOS.

Pak Syed
Papa Black
Pak Li
Jack
Mizan
Tok Bean"


Menarik kan? So macam mana? Anda yang diluar sana ingin menjadi BOS?

Kalau berminat tu, silalah like kami di FACEBOOK : 


Sekitar TTS pertama rakan2 BOS.MERIAHHHH WEYYHHHH!!!!!

Apa yg aku boleh katakan mengenai BOS? Well depa nie semuanya sempoi, kepala gila2 and yang paling penting skali SUPER FRIENDLY!

Kalau nak tau maksud sebenar istilah "Brotherhood" tu, tunggu lah post akan datang. Aku akan ceritakan macam mana perasaanye bila motor yang kita tunggang tu breakdown di luar kawasan.

Dalam entry2 seterusnya aku akan muat naik gambar2 dan gelagat rakan2 BOS semasa TTS dan juga ride.


Nantikan kemunculan BOS.... hehehe....











1 comment:

Adsense Ads