Wednesday, 28 September 2016

Kecoh di IOI Mall, Puchong!

+
Kecoh di IOI Mall, Puchong gara² kunjungan ribuan orang ke "Brands Outlet" kerana jualan penghabisan stok dengan harga yang tak masuk akal.
Aku ke sana sebab Mak aku teringin nak pergi "Stock Clearence Sale" tu. Korang bayangkan, dari awal pagi lagi aku dikejut sebab nak ke UTC untuk gantikan Kad Pengenalan. Selepas dah settle urusan kat UTC, kami terus bergerak ke Puchong.


Kita sampai dalam pukul 1 tengah hari... Turun je lif, dah nampak lautan manusia yang tengah beratur nak masuk ke dalam "Brands Outlet". Kami pun apa lagi, terus beratur lah....
                                                                               

Dalam 15 minit jugak lah dok beratur dalam baris tu... Finally dapat masuk...

Tengok kiri, tengok kana... Perghhh... harga yang ditawarkan memang tak masuk akal. Patut lah orang serbu masuk macam depa nie bagi barang "FREE".

Malangnya, untuk orang yang bersaiz besar macam aku nie, memang "Clearance Sale" macam nie indah khabar dari rupa. hurmmm....

Jalan punya jalan, jumpa lah 2-3 helaian saje yang berkenan (size yang muat).
Itu pun kemeja kosong yang tak ada design, plain semata2. Nak buat macam mana? itu jer rezeki yang ada.
Dah kira happy lah nie bila dapat 5 helai kemeja dengan harga Rm50 je!

Sambung jalan lagi, tengok pulak seluar khakis dengan jeans... yang aku berkenan semuanye takde size. Yang ada pun stock jeans lusuh macam dah simpan 10 tahun. Sedih weyh....

Mak aku pulak pegi tengok pakaian wanita, dia pun macam takde apa yang berkenan. Tinggal baju yang size kanak ribena je. Mak aku nie, size dia takde lah besar sgt. Tapi memang tak muat lah baju size S dengan XS ni. Hampa..... Sedangkan dalam iklan, ada size sampai 8XL katanye.


Ingat baju kemeja 5 helai yang aku nak beli tadi tu? Haaaaa.... terus tak jadi bila mamat sorang nie yg badan jauh lagi kecil dari aku pun pakai muat2 je size XXL dia. Ko Ghase???

Terus aku letak balik kesemua kemeja tu dan beralih perhatian kepada T-shirt berkolar. Dapat lah 3 helai yang muat.





Mak aku pulak, dapat 1 blouse dengan shawl je. Sedih kan? Tapi mungkin tu rezeki masing2...
Masa nak bayar pulak, Q dia bukan main panjang lagi, macam game snake pada handfon nokia dulu2.
Bayangkan lah, beratur nak masuk 15 minit. Jalan cari baju 30 minit. Beratur nak bayar and balik 45minit.

Pastu ada pulak Hakak depan kitorang nie, dia punya kaut macam semua pakaian dia kene curik.... 3 bag penuh (bag size ikea tau!). Sampai je kat kaunter, aku nampak cashier tu cakap dengan oang sebelah "Matilah".... Hahahahahaha.







Bagi aku, memang tak berbaloi lah aku meredah dari Ulu Kelang sampai ke Puchong nie. Tapi mungkin pada korang ada lah hasilnya nanti. Harga dia memang murah, tapi kene pandai cari lah sebab kebanyakan barangan dia dah simpan lama.  
Kat bawah ni ada lah sedikit sebanyak barangan yang ada di Brands Outlet Clearance Sale nie.






Pada korang yang nak beli baju baru dengan harga yang jimat, boleh lah ke "Brands Outlet" nie. Jualan Tak Masuk Akal ni sampai 3hb Oktober jer tau! (Selagi stok masih ada)



1 comment:

  1. mmg sori aku nk masuk kalau dh cmtu.
    x larat woooo

    ReplyDelete