Sunday, 18 September 2016

OCD kah aku?

Sejahtera
Salam 1 Malaysia.

OCD oohhhh OCD.... 
Korang tau apa itu OCD?

"OCD" atau "Obsessive Compulsive Disorder" sering dikaitkan dengan seseorang individu yang pantang melihat apa - apa saje yang tak kena. 
Biarpun benda tu tak mungkin dilihat oleh orang lain, seseorang indivu yang OCD akan sentiasa inginkan suatu keadaan dimana segalanye SEMPURNA!



Perkara seperti ni sering terjadi pada aku.... Sering kali aku tertanya tanya sama ada aku ni OCD jugak macam segelintir rakan rakan aku?
Hmmmmmm.......

Ternyata memang aku bersikap "Perfectionist" lebih lebih lagi bila melakukan tugasan, sama ada di tempat kerja mahupun di luar. 
Sampai kadang kadang tu, Cik AJ pun naik menyampah dengan aku, sebab style aku nie memang selagi benda tu tak siap ataupun tak perfect  macam mana aku nak, selagi tu lah aku hadap. Selalunya sampai makan pun boleh lupa lah.....

Parah dah aku ni kan? HAHAHAHAHAHA....

Meskipun ramai kawan aku cakap aku ni spesis  OCD jugak, aku selalu nafikan... Aku tak OCD, aku cuma pantang bila sesuatu tu tak sempurna! (OCD lah jugak tu kan..).


Contohnye, mcm gambar nie ha.... Korang faham tak perasaan hambar tu bila terlajak "kosong perpuluhan kosong kosong tiga decimal?" Boleh gila aku dibuatnye....

Kalau pergi makan pun boleh jadi isu dengan aku nie, mamak tu datang lap meja tapi ada miss 2 atau 3 spot kat meja tu pun aku dah nak ngamok. Tapi sebab dengan Cik AJ, terpaksalah aku mengalah. Makanye, minta tisu kat Cik AJ pastu lap sendiri je lah... PASRAH......


Nak dijadikan cerita, semalam aku terjumpa lah satu quiz nie dekat facebook... "How sensitive is your OCD radar" 
Apa lagi..... dengan pantas aku klik  dekat link tu (dengan harapan nak tunjukkan pada kawan2 aku yang aku TAK OCD).

Korang nak tau apa keputusannye????


KO GHASE????

Disebabkan dah terbukti, aku akur... AKU MEMANG OCD.... SO? Hahahahaha...
Nak buat macam mana? Mungkin ni satu anugerah bagi aku untuk terus jadi "perfectionist" kan?



Korang nak try quiz / test tu? Mana lah tau, kot boleh geng skali dengan aku ke? :D
Haaaaa..... Klau nak tau sama ada korang ni pun Se-spesis OCD jugak, klik lah link kat bawah nie...


Selamat Mencuba Adik Adik....

4 comments:

  1. Hahaha...skrg anda br ngaku yg anda seorg OCD..aku da ckp dr dlu lg..ko je xnk ngaku..nmpk result test 2 tlh membukti kn...nsb baik aku 10% je..hahahaha

    ReplyDelete

Adsense Ads