Tuesday, 15 November 2016

6 Pasukan Bakal Berentap di Festival Teater Malaysia 2016!

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2016

Mungkin ada dikalangan kita yang tidak tahu akan kewujudan Festival Teater Malaysia, namun demikian bagi mereka yang giat mahupun pernah berkecimpung dalam bidang Teater Tanah Air pasti teruja dengan Festival Teater Malaysia.

Festival Teater Malaysia merupakan sebuah festival yang telah wujud sejak dari awal tahun 70'an lagi dan pada waktu itu dikenali sebagai  Pesta Tarian dan Drama. Sebuah platform yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi penggiat dan peminat seni Teater untuk menghasilkan karya dan adaptasi sejarah melalui lakonan mereka. 



Tahukan anda?
1970 - 1980 : Pesta Tarian & Drama.
1990 - 2002 : Pekan Teater.
2002 - Kini : Festival Teater Malaysia



Pada tahun 2002, Pekan Teater diperkenalkan dengan wajah dan Konsep baru sepertimana yang kami kenali sekarang.... Festival Teater Malaysia. Ianya membawa konsep yang lebih luas bagi karyawan seni teater untuk memperkembangkan lagi sayap mereka dengan adanya penambahan "genre" Fragmen Seni dan jugak Monolog.


Tahun ini, seperti tahun tahun sebelumnya Festival Teater Malaysia akan menjadi pentas bertanding bagi pemenang Festival Teater Negeri 2015 dimana sebanyak 104 kumpulan dari 14 buah negeri telah pun bertanding. Tetapi hanya Enam (6) kumpulan yang terpilih oleh Panel Penilai.

Pentas Festival Teater Malaysia 2016 akan mempamerkan Enam Finalis (kumpulan) yang terdiri daripada :

Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis
Tajuk : Ka'Sorga
Karya : Fara Afiza Azman
Arahan : Hairi Safwan Aznan
Gabungan Seni Warisan Anak Pinang Pulau Pinang
Tajuk : The Maids
Karya : Jean Ganet
Arahan : Nadilah Shuhaimi
Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor
Tajuk : Jalan Mati
Karya : Roydi Rokidy
Arahan : Khusiary Mahyuddin
Stage Production University Malaysia Sabah
Tajuk : Prebet Kebimbangan
Karya : Tennesse William
Arahan : Sharifuddin Zainal
Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan
Tajuk : Tergantung
Karya & Arahan : Nor Idlah Abdul Halim
Persatuan Seni Persembahan Sifar Kuching Sarawak
Tajuk : Si Panji Rumput
Karya : Jamsari Saili
Arahan : Malek Hassan


Festival Teater Malaysia 2016 akan membawa suatu kelainan kerana pasukan pasukan akan bertanding di luar Lembah Kelang.
Haaa dimana ye?
Di negeri Kedah Darul Aman lah...

Festival Teater ini akan berlangsung selama seminggu dari 20 hingga 26 November ini bersamaan dengan hari Ahad hingga Sabtu. Segala acara akan diadakan setiap hari daripada jam 9.00 pagi hingga ke 10.30 malam. Venue yang dipilih kali ini adalah Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah Darul Aman.

YANG PENTING "MASUK PERCUMA" TAU...

Bukan sahaja Festival tahun in diadakan di luar Lembah Kelang, malah banyak lagi aktiviti, bengkel dan acara yang akan diadakan selama seminggu Festival Teater Malaysia berlangsung nanti.
Pada mereka yang bergiat aktif dalam dunia Teater, mesti korang pun sama macam aku. Teringin nak tau apa bengkel yang ada masa event tu kan?

Ni dia jadual aturcara aturcara lain sempena Festival Teater Malaysia.


Apa lagi?... Moh lah kite ke Kedah !

Oh ya, sebelum terlupa............
Hadiah hadiah lumayan juga menanti PEMENANG Festival Teater Malaysia 2016, antara hadiah yang ditawarkan adalah :

JOHAN
RM 10,000 , Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil

NAIB JOHAN
RM 8,000 , Piala Iringan dan Sijil

TEMPAT KETIGA
RM 6,000 , Piala Iringan dan Sijil

Serta hadiah hadiah bagi beberapa kategori & anugerah khas.

Antara penerima Anugerah Khas yang telah diumumkan adalah:

YBhg. Dato' Rahim Razali
Tuan Haji Morad Ibrahim
Puan Fauziah Nawi
En. Shahili Abdan a.k.a. Namron

Untuk maklumat lanjut atau untuk mengikuti perkembangan Jabatan Kebudayaan & Kesenian boleh lah korang pakai "LIKE" dan "FOLLOW" laman laman sosial JKKN

Facebook: https://www.facebook.com/mysenibudaya
Twitter: https://twitter.com/mysenibudaya
Instagram: https://www.instagram.com/mysenibudaya/
Youtube: https://www.youtube.com/user/SahabatBudayaJKKN



No comments:

Post a Comment