Thursday, 3 November 2016

Bandoru Store - Tawar Barangan "Preloved" Berkualiti Tinggi dan Mampu Milik!

Pssssttt... Korang...... Nak tanye nie....

Ada tak antara korang yang gemar mencari pakaian branded dan suka bergaya? 
Kalau "Ya" mesti korang pernah alami situasi dimana korang nak sangat sesuatu tu tapi korang tak mampu nak beli kan... Sama lah kita...

Haaaaa.... Sekarangan kita tak perlu mengeluh lagi, Bandoru Store dah ada!!!
Tapi apakah Bandoru Store???

Bandoru Store merupakan sebuah "Concept Store" barangan - barangan "Pre-loved" PERTAMA & TERBESAR di Malaysia. Di samping itu, Bandoru Store juga menawarkan jenama jenama terkemuka dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Bila dengar je perkataan "Preloved" mahupun "Bundle" ramai yang akan kata "alaaa... tu semua barang orang yang dah guna, entah siapa punya, silap silap barang curi". 

Istilah "Bundle" ini hanya wujud disebabkan suatu ketika dulu apabila barangan "Pre-loved" ni sampai ke tanah air Malaysia, ia berada di dalam
longgokkan. 
Di sinilah Bandoru Store mempunyai misi untuk mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap barangan "Preloved" ini.

Bandoru Store memastikan barangan yang dijual adalah "ASLI" disamping mengesyorkan "KUALITI" dan "KETEPATAN" setiap item yang dijual bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung.


















Di Bandoru Store terdapat macam macam jenis pakaian tau. Bukan untuk lelaki dengan peremmpuan je...

Untuk kanak kanak pun ada tau! Kau rasa?

Bukan tu je... Pada peminat barangan yang "Rare" mahupun yang "Vintage", korang juga boleh dapatkan di Bandoru Store.
Seleksi barangan rare dan vintage kat sini memang luas. Boleh dikatakan kalau rezeki memang boleh dapat barang yg kita saje ada kat Malaysia nie. Amacam? menarik kan?!!

Konsep butik Bandoru Store ni pulak, kalau korang tengok memang tak bajet lah yang diorang nie jual barangan "Preloved".
Dengan suasana dalaman yang luas dan berhawa dingin, downlight, lantai kayu dan wall feature serta BANYAK fitting room memang rasa macam dekat outlet barangan terkemuka dekat Pavillion gitu...

Jadi apa sebenarnye yang aku nak sampaikan?

Senang cerita macam ni lah, aku ni bukan lah jenis yang gemar sangat shopping dekat kedai barangan "Preloved" mahupun "Bundle". Tapi kat sini, aku pulak yang excited lebih bila tengok seleksi kasut vintage dia, jacket denim dan jugak kulit. 

Rasa tak sabar nak ke sana pada hari Sabtu ni bersamaan dengan 5 November 2016!!!! 
Confirm habis duit aku bulan nie.... hahahahaha...


Lupa pulak nak bagitau, bagi korang yang teruja & nak ke sana jugak..... Apa kata korang sign-up dan dapatkan tawaran hebat merupakan Voucher Diskaun bernilai 20%.

Anda hanya perlu mengikuti langkah langkah mudah yang ada di laman social rasmi Bandoru iaitu:

Facebook: Bandoru https://www.facebook.com/bandorustore/?fref=ts
Twitter: @bandorumalaysia https://twitter.com/bandorumalaysia
Instagram: @bandorumalaysia https://www.instagram.com/bandorumalaysia/

Ataupun klik je dekat link nie : http://v.bandoru.com/ref/D3993265/

Antara jenama yang korang boleh jumpa di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Converse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr.Martens, Levis, Edwin, Ralph Lauren dan lain lain.

Jom lah kita ramai ramai serbu Bandoru Store pada hari Sabtu ni. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan juga kehadiran "Food Truck" pada hari tersebut!!!

Jadi apa korang tunggu lagi? Pegilah sign up lepas tu SERBUUUUUUUU........

JUMPA DI SANA NANTI!





No comments:

Post a Comment

Adsense Ads