Tuesday, 22 November 2016

Bila Bil Klinik Mampu Bayar Mas Kawin 3 KALI!


Mana lagi MAHAL? 

BERKAHWIN ATAU BERJUMPA DOKTOR?

Haaaaa.... Kalau selama ni aku pernah cakap yang aku belum berkahwin kerana kos nya yang tinggi. SEKARANG AKU NAK BAGITAU KORANG YANG SEBENARNYA NAK BAYAR MAS KAHWIN JAUH LAGI MURAH DARI BAYAR BIL KLINIK. PERCAYALAH....

Semalam macam biasa aku habis kerja jam 2.30 tengah hari dan sampai rumah dalam lingkungan 3.00 - 3.15 petang. Cadangnya nak balik rumah nak masak, nak jimat sebab nak pakai duit untuk travel malam hari Rabu nanti.

Namun hasrat tak kesampaian bila Cik #BuahHatiPengarangJantung call cakap dia sakit perut & muntah². Terus J panic lah... Sebab pernah jadi kes "antara hidup dan mati" semua nye berpunca dari sakit perut. Masa tu baru jer parking motor kat depan rumah, tongkat pun tak sempat nak turunkan lagi. Apa lagi, start je motor terus "berlari lari ku mencari mu" hahahaha....

Sampai je dekat Ofis cik AJ kite nie, dia dah komplain sakit sangat. Kita ni dah lah naik motosikal jer, nasib ada sorang makhluk Tuhan yang baik hati offer nak hantar ke klinik. Ofis Cik AJ dekat jalan Sungai Besi, jadi klinik terdekat memang dekat jalan Pudu lah kan.... Korang tau tak HAZAAAABBB nak redah "Lunch Hour" trafik kat situ? Rasa macam nak balik utara je.

Sampai je kat klinik tu, Aku tak fikir apa dah terus bawak Cik AJ masuk dalam suruh Doktor tengokkan dia dulu. Bila doktor dah sambut dia, baru lah lega sikit. Pergi lah ke depan untuk daftarkan dia masuk.

Bagi lah IC dengan "Medical Card" dengan konfiden nya....
Kau tau apa orang kaunter tu cakap? Cik "Kami bukan panel mana² Syarikat"... Terus aku #pishang.
Redha je lah....... Takkan nak cakap "Takpelah Doktor, saya bawak dia jumpa Dukun je lah" Kan?

Risaukan si Dia satu hal, Sekarang kene risaukan hal kos perubatan pulak. Resah gelisah dibuatnye. Tapi aku redha dengan ketentuannya....

Doktor kata tak ada apa² cuma keracunan makanan je. Mungkin tersalah makan atau ada sesuatu yang tak kene. Doktor bagi Cik AJ injection pastu ubat loya. Tapi lepas 15 minit tak okay jugak.
Maka tersadai lah kami disitu...... Cik AJ kene tahan sebab nak bagi dia drip. Perlu ke weyh? Cik AJ aku nie dah memang "masuk air"... HAHAHAHAHA....

Apa² pun janji dia dah sihat sikit takpe lah kan... Tapi pengeras kat Klinik ni MAK AIII... Kalau ikut standard KL ni, aku dah boleh bayar Mas Kahwin 3 kali termasuk beli Family Combo KFC tau! Boleh mati keras aku bila tengok bil dia.


Pecahan bila dia panjang sangat:

1. Consultation
2. Injection
3. Medication
4. Iv Drip

Ko rasa berbaloi ke dengan harga dia? Nak tau berapa? Haaaa.... Nahh... tengok kat bawah nie.... (Pastikan anda sedang duduk dalam keadaan tenang yer, kalau tak mati kejung!)


 RM 280.00 HOOKAY!!!! #silameninggal

P/s: Aku bersyukur sebab ada kawan² yang sentiasa ada dikala aku susah dan senang! 
Thank You!

SEKIAN....








3 comments:

  1. phew...
    sekali masuk RM280.
    memang boleh buat mas kawin dah tu.
    tapi nak buat camno.
    janji buah hati ok lepas tue.

    ReplyDelete
  2. Tunggu lah dah ada anak nanti, bil doktor pakar kanak kanak lagi laa tinggi. Dah kahwin n ada anak nanti, kalau ada rezeki elok terus beli insurans perubatan. At least kalau anak masuk hosp tak lah bapaknya yg rasa nak meninggal hehehe

    ReplyDelete
  3. Dasyat harga tuh..huhuhu Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete

Adsense Ads