Wednesday, 16 November 2016

Layak kah aku?


Aku ni bukan lah orang yang dah lama ber blog nie. Malah aku rasa aku boleh dikategorikan sebagai bayi dalam dunia blogging ni. Penulisan aku tak lah HEBAT macam orang lain.

Mula² dulu aku takde pun minat nak mendirikan sebuah blog, walaupun aku memang suka mengarang. Pada aku, blogger ni PAPARAZZI keyboard dunia maya. Masa tu lah.... Lama kelamaan, bila aku kaji semula pendirian aku yang berasaskan stigma masyarakat sekeliling baru aku sedar bahawa bukan semua blog @ blogger yang sebegitu rupa.

Malah aku mula kagum dengan segelintir blog dan pengarang blog² tersebut. Walaupun cerita mereka ni sekadar perjalanan hidup harian tapi banyak juga informasi yang kita boleh dapatkan daripada penulisan mereka nie.

So.... Lepas bercinta dengan seorang blogger dekat 6 tahun, kene usung sana sini untuk event macam². Aku pun mengambil keputusan untuk mula berblog.
Maka terhasilnya blog aku yang tak seberapa nie. HAHAHA...

Pada mulanya, entry aku banyak jugak yang menggunakan Bahasa Inggeris, tapi rasa mcm kurang selesa. Jadi sekarang aku buat entry ikut suka hati je, asalkan bersesuaian dengan "genre" benda yang nak diceritakan. Tak semua benda yang kita tulis tu jadi "Gempak" bila tulis dalam bahasa "Mat Salleh" nie... maka aku pun buatlah dwi-bahasa.

So long story, short....
Blog aku ni yang lintang pukang tak tentu arah, pada aku belum layak untuk dijemput untuk mana² event mahupun diberi peluang untuk turut bersama dengan blogger² lain.

JENG JENG JENG......

Tapi....... Ada seorang insan ni, dia ni memang blogger terkenal lah jugak. Aku memang suka cara penulisan dia yang "Sempoi". Anyway enough pasal tu lah kan. 

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, Aku sangat bersyukur dan berterima kasih sebab diberikan peluang secara langsung mahupun tak langsung untuk turut bersama dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab beliau.

THANK YOU!!!!!

P/s: You know who you are! :D

6 comments:

  1. siapakah dia...tak highlight ponn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allaaaaa... xperlu kot nak highlight... :)

      Delete
  2. aa ahh mmg tak layak kalo rasa tak layak... juara dicipt bukan dilahirkan. anyone can be a champion!

    ReplyDelete
  3. Jika kau fikirkan kau boleh
    Kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu

    ReplyDelete