Tuesday, 22 November 2016

Pendekatan Berbeza di KL Tower Mini Zoo.

Salam Sejahtera.

Entry kali ni bakal mengimbau kenangan masa lalu....
Masihkah kita ingat perasaan dan keseronokan apabila pergi ke Zoo semasa kecil? 
Mungkin Ya, Munkin Tidak. Benar?

Apatah lagi bila dewasa dan mempunyai tanggungjawab serta cara hidup yang jauh berbeza dari kanak² kita. Jauh sekali akan terlintas di fikiran, bahawa Zoo juga satu tempat dimana kita boleh menghilangkan stress serta mempelajari sesuatu yang baru.

Tentunya, ada dikalangan kita yang berkata "alaaa, dah pergi dulu" atau "zoo semua sama je!". Ada pula yang menggunakan kekangan masa dan jarak sebagai penghalang. Secara lazimnya, kebanyakan Zoo di negara kita terletak di kawasan luar bandar.

Semua ini boleh diatasi dengan ada nya KL Tower Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur! 
Apa dia? Zoo di tengah bandar? 
Yer... memang betul!

Nak dijadikan cerita, pada hari Ahad minggu lepas J bersama dengan #KelabBloggerBenAshaari berpeluang merasai sendiri kelainan di KL Tower Mini Zoo nie. Kami berada di sana seawal jam 9.30 pagi (tak dapat tido lama di hari ahad hokay..) Kedatangan kami disambut mesra oleh En. Rajagopal (merangkap pengurus KL Tower Mini Zoo) dan staff nya yang cukup baik.

Fuhhh.. penat dah cerita panjang lebar... Taazzzaabaarr nak tengok apa yang ada kat dalam....
jom lah kita tengok sama²...

























Zoo ini juga mengambil pendekatan yang lebih kepada konsep "interaktif" dimana pengunjung diberikan peluang untuk "berinteraksi" dengan haiwan² di sini dari segi membelai, mendukung dan juga memberi makan.
Pendekatan ini ternyata menjadi sebuah tarikan kepada pengunjung kerana ianya mewujudkan suatu keseronokan dan juga merupakan sejenis "terapi" bagi kita dan juga binatang² di sini.

Bukan itu saja, disebabkan lokasinya yang strategik, kami juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Mana nak dapat weyh kat tengah² Bandar macam nie... Udara segar..... Sumpah rasa "refreshed" gila...

Kalau pada aku lah kan, KL Tower Mini Zoo ni memang berbaloi baloi. Sedangkan aku yang dah nak cecah 3 series ni pun boleh jadi mcm budak² bila  masuk sini.... Bayangkan lah keseronokan yang bakal dirasai oleh kanak - kanak...


Dewasa : RM 32
Kanak-kanak dan Warga Emas : RM 27
Pakej Mini 1 Dewasa & 1 Kanak-kanak : RM 50 (free ice-cream)

Pakej Keluarga 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak : RM 98 (free 2 ice-cream)

Nampak tak harga dia? Sangat "Affordable" tau....
Jadi tak perlu lah aku membebel lagi kan? Cuti sekolah pun tak lama lagi.
Jadi kan KL Tower Mini Zoo sebagai lokasi riadah dengan anak² mahupun untuk kita sendiri merehatkan minda.



1 comment:

Adsense Ads