Tuesday, 20 December 2016

Filem Mia Tiara - Ujibakat Pencarian Pelakon Wanita Utama!

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Ternyata ramai diantara kita yang teringin menjadi pelakon kan? Haaa... Impian korang mungkin menjadi kenyataan.
Jika ada dikalangan pembaca yang mempunyai perwatakan dan kriteria seperti dibawah, korang dialu-alukan untuk menyertai ujibakat bagi membintangi Filem Mia Tiara yang bakal diterbitkan oleh pihak Tenview (M) Sdn Bhd.
Kalau korang berminat, sila hantarkan profile anda ke alamat e-mel:

filemmiatiara@gmail.com.

Filem Mia Tiara yang mengetengahkan konsep ‘Fesyen dan Modeling Berhijab’ boleh dikatakan membawa satu kelainan pada industri filem tanahair.

Menurut pengarah filem Mia Tiara, Norazah Sahud, watak utama telah ditawarkan kepada Fathia Latiff. Namun demikian pihak produksi masih belum menerima sebarang hitam putih berkenaan persetujuan beliau menerima watak Mia Tiara.
Oleh itu, pihak Tenview (M) Sdn Bhd merangkap penerbit filem Mia Tiara telah bersetuju untuk membuat ujibakat bagi memenuhi watak Mia Tiara.

Namun demikian, jika pihak produksi menerima kata putus dari Fathia Latiff maka talent² yang berjaya di dalam ujibakat terbuka itu akan tetap ditawarkan watak di dalam filem ini.
Untuk pengetahuan korang. pihak Tenview (M) Sdn Bhd telahpun bergiat di dalam bidang penerbitan TV lebih dari 20 tahun dan membawa pelbagai genre terbitan termasuk drama, dokumentari, majalah dan sebagainya. Pihak Tenview juga pernah meraih Anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin dan Pesta Filem Tokyo. Pada awal tahun 2016, pihak Tenview memulakan perbincangan dan penulisan skrip yang berasaskan konsep Muslimah kini. Maka terhasillah filem Mia Tiara, sebuah filem komersil islamik yang menampilkan golongan model yang memperagakan busana Muslimah.
Penggambaran filem Mia Tiara dijangka bermula pada bulan April 2017 mengetengahkan watak utama iaitu Mia Tiara.

Mia Tiara, seorang gadis kampung yang membawa lari ibunya ke Kuala Lumpur dengan niat menyelamatkannya dari keganasan ayahnya yang merupakan seorang penagih tegar.
Memulakan kerjaya sebagai seorang model busana Muslimah, nama Mia Tiara terus mendadak naik sehingga ke peringkat antarabangsa.

Penampilan filem Mia Tiara bukan saja membawa konteks ‘Glamour Modeling’ dari perspektif Fesyen Muslimah Moden malah ianya merungkai kehidupan seorang gadis kampung bernama Mia Tiara menghadapi cabaran sebagai seorang peragawati busana Muslimah disamping menjaga maruah dan keperibadian nya sebagai seorang wanita dipersada antarabangsa.

Dilahirkan dalam era kebangkitan Muslimah sejagat yang bertunjangkan keimanan tanpa mengetepikan kepentingan penampilan dan gaya fesyen masakini.

filem ini juga mengungkap unsur - unsur kemanusiaan serta kasih sayang, hubungan kekeluargaan, pengorbanan dan juga cinta sejati. 

Filem ini juga bakal dibintangi oleh barisan pelakon² yang tidak asing lagi. Antaranya Siti Eja, Faizal Hussein, Izzue Islam, Julia Ziegler, Amar Asyraff, Hafreez Adam & Nadia Shahab.

Semoga Filem ini mendapat sambutan yang meriah dikalangan rakyat Malaysia khususnya kaum Muslimah dan dapat menjadi satu pembuka mata terhadap stigma masyarakat tentang kaum hawa yang berhijab.

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads