Tuesday, 13 December 2016

Restoran Asam Pedas & BBQ di Johor - Harga Mengarut!

Selamat Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Pada mereka² yang kenal aku, dorang pasti tau yang aku ni memang sejenis manusia yang sayankan perut aku. Tak kisah lah orang nak panggil aku GEMOK ke apa..... Janji aku puas merasa masakan² yang SEDAP dan Authentic

Hujung minggu lepas, aku ke Johor dengan kawan² a.k.a #friendmily. Plan asal nya nak berjalan makan angin dan juga ke Johor Premium Outlet.... Maklum lah ada Year End SALE! Pengalaman tu aku cerita dalam entry lain lah yer.... hehehe...

Jalan punya jalan, titibe lapar pun datang menjelma... hahahaha..

So anyway... nak pendekkan cerita kita pun Google lah tempat makan yang terdekat, maka timbul lah nama kedai "Restoran Asam Pedas & BBQ"... Kami tengok macam menarik, jadi kami pun terus kesana. Tengok based pada review yang ada kat Google tu mcm menarik je kan.... Tapi hakikatnya harga dia memang TAK MASUK AKAL....

Haaaaa... mesti timbul tanda tanye kenapa aku cakap harga dia tak masuk akal kan? kejap lagi akan terjawab persoalan korang tu... Tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu setting tempat dia dengan juadah yang disediakan.

Kitorang seramai 8 Dewasa yang nafsu makan memang macam raksasa. Nampak memang lapang kawasan dia, tak kira lah dekat dalam atau luar. Disebabkan cuaca sedang elok masa tu, kami cadang nak duduk dekat luar je. Tapi hampa, sebab semua gazebo yang ada dah pun fully booked.

Takpelah, mungkin takde rezeki kita lah kan... tak kisah lah, masa tu memang kami lapar.
Kitorang dapat tempat duduk dekat dalam... Selesa dan Lapang.


Bab makan plak, kami ni memang jenis suka order lauk dan makan beramai ramai... Mula² nak buat BBQ tapi apakan daya, gazebo dengan BBQ Pit dah fully booked.

Haaa.. Ni dia lauk yang kami order...

Tauge Goreng w/ Cili & Tomato.
Asam Pedas Ayam.
Tempe, Ulam & Telur Masin
Telur Dadar untuk 4 Orang Makan
Sotong Telur Masin
Pastu ada lah tambahan Nasi 2 Bowl besar dengan air "jug".

Makanan kat sini memang sedap, makan sampai licin lah. Lepas tu tersandar macam beruang kutub.


Haaaa... nampak.... nampak? hahahahaha...

So percayalah bila aku cakap makan kat sini memang puas hati!!.

Harga dia pulak... well..... ermmmm....


Harga dia TAK MASUK AKAL!!! Murah weyh...

Lepas tu dorang ni ada plak "Membership card" ala² Bonuslink yang korang boleh register on the spot dan dapatkan diskaun sebanyak 10% tau.

Kalau korang ke Johor, jangan lupa singgah makan kat kedai ni. Aku gerenti korang berpuas hati.

Ni details kedai tu:


Restoran Asam Pedas & BBQ.

Jalan Pendidikan 4, Taman Universiti, 
81300 Skudai, Johor, Malaysia
+60 7-520 2668
Open:  10:30AM–11:30PM

Selamat Menjamu Selera... ;)





5 comments:

  1. Replies
    1. Please do.. tapi kalau nak BBQ kene call and Reserve dulu tau...

      Delete
  2. Harga tak mahal sgt. Kalau btul sedap mesti best. Hahahhahaha. Sbb slalu mkn asam pedas kat kedai xsedap. Namanya asam pedas. Tp sbnrnya rasa mcm kari mamak tu ha. Kahkah

    ReplyDelete
  3. Terliuq ooiii.. jom REPEAT...

    ReplyDelete

Adsense Ads