Sunday, 11 December 2016

Sepetang Bersama Reen Rahim Dan Asianic.

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia...

Pada 5 Disember 2016 aku dijemput oleh Wonderland Primary Sdn Bhd untuk menghadiri program "Sepetang Bersama Reen Rahim & Asianic". 

Majlis ala² santai ini diadakan di Donutes Coffe, Cake and Bread, Kuchai Lama. Tujuan Sesi ini diadakan adalah untuk kita diperkenalkan dengan "Product Range" Asianic yang berstatus Halal dan boleh digunakan tanpa rasa was - was...

Disamping memperkenalkan Product line-up Asianic, kami juga berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan Duta Asianic dan juga salah seorang pelakon yang semakin popular iaitu Reen Rahim.

Penampilan Reen Rahim sebagai Duta Asianic amatlah tepat kerana sifatnya yang "friendly"  dan juga statusnya sebagai seorang artis yang "bersih" dari sebarang gossip hangat.
Sepanjang sesi pengenalan produk, kami dilayan begitu mesra seperti kawan karib yang dah kenal bertahun lamanye.

Tanpa melengahkan masa lagi, aku rasa baik aku perkenalkan produk² Asianic nie kat korang. Mesti ramai yang suka. Sedangkan aku ni yang jarang gunakan produk² kecantikan & penjagaan kulit ni pun amat berpuas hati dengan "Body Scrub" dari Asianic ni!


Sedikit info mengenai Wonderland Primary Sdn. Bhd

Wonderland Primary Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan syarikat pemasaran bagi barangan penjagaan dan kesihatan diri untuk semua lapisan umur...
Mengukuhkan lagi kedudukan runcitnya dengan memasarkan produk keluaran syarikat ke pasaraya-pasaraya besar ,farmasi, kedai kedai runcit dan toko jamu di seluruh Malaysia malahan telah memenuhi permintaan pengguna bagi pasaran luar negara juga...
Misi Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard) dan bermatlamat untuk 
menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan setanding dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.



Jenama Asianic
Jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk :


  •  Krim mandian, skrub badan, losyen yang mengandungi campuran ekstrak dari Bunga Sakura dan juga bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan dan juga memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan awet muda...
  • Syampu dan perapi rambut yang diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa, membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya..
Terdapat beberapa variasi syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelemumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak yang mampu memberi kesan seawal 5 hari...


  • Mandian garam


  • Dan juga pelbagai produk penjagaan kulit yang lain.

Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 sahaja...
Korang juga tak perlu ragu untuk menggunakan produk-produk Asianic kerana ianya sememangnya Halal dan sedang dalam mempromosikan produk halalnya di dalam dan luar negara...

Produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia dan boleh dibeli melalui laman sesawang :

Selain program ini, banyak lagi aturcara yang akan diadakan bagi mempromosikan Product Asianic ni, jadi kalau korang berminat dengan produk penjagaan kulit korang boleh lah "follow" pautan media sosial Asianic ni untuk dapatkan info yang lebih lanjut.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLAND PRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.

Tel : +603 7782 6308 Fax : +603 7783 6308

Facebook : Asianic Halal

Instagram : @asianichalal

Selamat mencuba geng! Gerenti korang berpuas hati.

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads