Sunday, 11 December 2016

Wujud Kelainan di Pesta Pantai Langkawi 2016 Dengan Adanya Langkawi SwimFest!

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Sabtu 10 Disember 2016, Pulau Langkawi - Aku berkesempatan membuat liputan acara tahunan yang tidak asing lagi di Pulau Langkawi iaitu Pesta Pantai Langkawi. Pesta ini yang telah masuk tahun ke tiga ia dianjurkan berkonsepkan sukan pantai dengan membawa genre sukan / permainan ala² kampung.
Tahun ini, semangat kesukanan ini diberi nafas baru dengan ada nya Langkawi Swim Fest 2016 bersempena dengan pelancaran Pesta Pantai Langkawi 2016. Aku kesini dibawah naungan #kelabbloggerbenashaari untuk membuat liputan Event yang julung kalinya diadakan.

Seawal 7 pagi kami telah pun berada di kawasan Pantai Tanjung Rhu, acara bermula dengan taklimat dan juga ucapan dari pihak penganjur.
Langkawi Swim Fest 2016 ini merupakan satu inisiatif kolaborasi antara LADA (Langkawi Development Authority) dan Aktion Langkawi bersama dengan beberapa badan lain. Event ini bertujuan untuk menampilkan Langkawi bukan saja sebagai destinasi pelancongan malah sebuah pulau yang mampu menjadi tuan rumah serta menjayakan pertandingan bertaraf dunia di bawah kategori Eco- Tourism.

Swim Fest 2016 yang buat pertama kalinya diadakan telah pun mendapat sambutan yang bagus bukan saja dari penduduk Langkawi, terdapat juga beberapa peserta dari negara lain seperti Singapura, Britain dan juga Perancis. 
Antara para peserta yang hadir pada hari ini termasuk pasukan renang kebangsaan dan juga seorang atlet OKU.
Memang banyak aktiviti menarik yang ada dekat Pesta Pantai ni, sampai penat jugak lah aku berlari sana sini nak amik gambar semua.

Ooo.. sebelum terlupa, Event ini juga dimeriahkan dengan kehadiran tetamu dari negara jiran iaitu dari daerah Satun, Thailand. Dikhabarkan bahawa mereka dijemput setiap tahun untuk memeriahkan Pesta Pantai ini.

Korang nak tau lebih lanjut tentang Pesta Pantai Langkawi & Swim Fest 2016?
Tunggu sat naa... nanti ceq update selanjutnya. Kejang² otot pun belum hilang lagi ni.

Sekian saja untuk kali nie.... Aku nak sambung tido... HAHAHAHA....

2 comments:

  1. hi selamat pagi, saya cuba mencari gambar-gambar untuk tanjung rhu swim fest. boleh encik bantu saya untuk beberapa gambar? terutama semasa ketibaan vip.

    ReplyDelete

Adsense Ads