Monday, 30 January 2017

Nikmati dan Hargai Keindahan Alam Semula Jadi di Riverine Nature Camp.

Selamat Pagi & Salam Sejahtera!

Rasa macam dah lama sangat tak update blog nie. Maklum lah sibuk dengan kerja dan macam² "drama" kehidupan dalam tempoh beberapa minggu ni. Tapi yang tu nanti lah aku cerita ye...
HAHAHAHA....

Kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dekat Riverine Nature Camp, Lenggong, Perak.
Aku kesana lebih kurang dua minggu lepas dengan kawan² dari #kelabbloggerbenashaari.
Ni kira macam plan "bidan terjun" lah sebab asal nye kami sepatutnya ke Cherating , namun hajat tak kesampaian atas sebab² yang tak dapat dielakkan.

Disebabkan kereta sewa aku dah pun bayar deposit (dan tak boleh refund) jadi kami ambil keputusan untuk ke Riverine Nature Camp ni. 

Nak dijadikan cerita, pemilik Riverine ni kawan baik aku dan salah seorang Peneraju Community B.O.S. (nak tau apa tu BOS? sila rujuk disini -> B.O.S.).

Perjalanan kami ke Lenggong bermula sekitar jam 11 malam pada hari Jumaat (20 January 2017). Mengikut perancangan asal, kami nak bergerak seawal jam 9.30 malam, namun tak menjadi disebabkan kelewatan akibat cuaca yang tidak mengizinkan.

Sebelum gerak, kami RV dekat Little Rara Thai Boat Noodle bersebelahan dengan Restoran Kudu Nasi Kandar.
Kanak² Somalia yang kebuloq
Lepas dah isi perut, kami memulakan perjalanan... Dengan cuaca yang hujan sepanjang perjalanan... Perghhh... dia punya mengantuk.....

 

Kami sampai di Lenggong dan Riverine Nature Camp dalam pukul 4.30 pagi tu. Disebabkan masih gelap,  Pak Li (owner Riverine) suruh kami tido dekat Homestay beliau.

Keesokan pagi nya, kami keluar ke pekan bersama Pak Li untuk sarapan dan beli barang keperluan. Kemudian pulang ke Camp Site (yang belum pernah orang rasmi lagi) dan kami pun mula lah setup khemah dan sebagainya.

Petang tu, kami memang dah tak sabar nak terjun sungai sebab air dia memanggil². Air sungai dia punya lah jernih.... Sejuk macam air batu pulak tu.
 

 

 

 

Amacam? Menarik kan?

Masa kat Riverine ni macam² lagi Aktiviti kami. Kami pergi Trekking, Naturewalk, Masak Tomyam dalam Buluh dan Tour Tasek Raban.

Nanti aku ceritakan satu per satu aktiviti kami kat sana dan Pakej serta Kemudahan yang disediakan dekat Riverine Nature Camp ni.

Kalau korang tak sabar nak tau lagi berkenaan dengan Riverine, korang juga boleh ke laman Facebook mereka di:

Facebook Fan Page : Riverine Nature Camp
Facebook Group: FB Riverine Nature Camp


Pada mereka yang berdekatan boleh lah terus ke sana untuk berkelah dihujung minggu.

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads