Thursday, 2 February 2017

Berakhirnya Legasi Wings!

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

WINGS..... Siapa yang tak kenal kan? Wings merupakan satu nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia.

Tapi.....

Hari ni aku bukan nak cerita pasal WINGS yang korang kenal tu.... Aku nak cerita pasal ketahanan tayar siput gondang aku yang aku beli dan pasang dekat Thailand setahun yang lalu.
Mesti korang tertanya² apa kena mengena dengan WINGS kan?

Well, tayar yang aku pakai ni berjenama IRC. IRC adalah singkatan untuk INOUE RUBBER CO. LTD iaitu tayar buatan Jepun dan telah bertapak sejak tahun 1926 lagi. 

Haaaa.... tayar ni aku pasang masa aku ride ke Krabi, Thailand dalam bulan May tahun lepas. Disebabkan memang nak travel jauh dan tayar aku pada masa tu (dah sampai Hatyai) dah agak botak, aku pun ambil keputusan untuk usha tayar dekat Hatyai tu. Orang kata murah.... orang kata lah... masa tu aku baru first time nak beli tayar kat sana.

Aku tukar tayar ni dekat sebuah kedai yang agak terkenal di Hatyai iaitu Saksiri Big Bike . Dengan harga 2000 Baht (termasuk pemasangan), pada aku harga yang sangat berpatutan. Kalau kat Malaysia ni paling murah aku pernah jumpa tayar ni adalah sekitar 320 - 350 ringgit.


Tempoh hari, aku terpaksa menggantikan tayar itu disebabkan terkena serpihan kaca yang menyebabkan tayar aku tertoreh. Bukan tu je, tayar aku dah kategori petak dah (botak tengah ala² Rajinikanth gitu... HAHAHA).

Nasib baik ada dikalangan Kelab Scooter aku ni, tokan tayar, So dapat agak murah lah tayar (tapi bukan jenama femes lerr). Dalam perjalanan aku ke Maju Junction untuk mengambil tayar tu, aku rasa semacam je motor aku. Seolah olah aku naik kuda pulak rasa dia, handle pun bergegar semacam je.
Rupanya tayar depan aku pun sekali jalan nak bengkak pulak. Nak tak nak aku terpakse lah tukar kedua duanya sekali kan? #pishang.
Botak / Petak + Toreh
Close-Up Torehan Itu.
Tayar Depan Yang Membunting.
Nasib aku baik sebab kebetulan kawan aku tu memang ada last unit tayar depan, so aku beli lah terus dua biji dengan dua botol liquid tyre sealant. Disebabkan kawan aku hanya jual je tayar tu, aku terpaksa lah cari kedai motor yang boleh gantikan tayar aku tu. Maklum lah Raya Cina, memang susah lah nak carik.

Pusing punya pusing, jumpa pun bengkel yang bukak. Aku tanya Bro tu, dia kata boleh buat. Harga yang dia cas pun tak lah mahal, RM 35 untuk tukar dua biji tayar. Bengkel yang aku maksudkan ni dekat are Jalan Pudu, berdepan dengan Kedai Motosikal KOK Motor.



Selesai tukar kedua dua tayar, lega sikit hati aku. Tapi pada masa yang sama, aku sedih sebab tayar IRC Wings tu memang antara tayar terbaik aku pernah pakai. 
Selalunya tayar belakang motor aku ni setiap 2-3 bulan dah kene tukar. IRC ni aku tukar dari May tahun lepas sampai lah sekarang, dekat setahun jugak tahannye. Bersamaan dengan lebih kurang 40k km.

Jadi kalau ada antara korang yang travel jarak jauh setiap hari ataupun rajin ride ke seberang, aku memang sarankan korang pakai tayar IRC Wings nie. memang puas hati.

Kalau ada rezeki, next trip aku ke Hatyai bulan April nanti aku nak beli lagi 1 set buat spare. Hahahaha...

Maka berakhirlah legasi Wings.

Sekian.....
#jangankecamsaya
         





No comments:

Post a Comment