Thursday, 23 February 2017

Surga Yang Tak Dirindukan 2 - Hati Kental Jadi Kenyal.


Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Permisi ya, Temen kangen ngomong sama kalian supaya jangan pernah bisa tonton filem ini jika kalian udah pernah kehilangan temen atau pasangan yang kalian cintai. Karna filem ini bisa menyentuh perasaan kalian dengan begitu dahsyat skali.

Haaaaaaa.... Amacam? Terrer tak abam cakap Bahasa Indon? hehehehe....

Ni aku nak cerita pasal kisah semalam aku kene GAME tengok cerita nie.
Surga Yang Tak Dirindukan 2 atau SYTD2.

Semalam, aku teman Cik AJ "Food Review" dekat Kenny Rogers Roaster - Times Square. Masa tengah review menu terbaru KRR iaitu "Spicy Giler" (aku akan bagi review jap lagi) geng² blogger yang lain sibuk lah dok cerita pasal SYTD2 nie. Ada antara mereka yang dah tengok, so dorang bagi lah hint² sikit pasal jalan cerita nye tu.

Cik AJ pulak dah lebih seminggu ajak aku pegi tengok tapi aku buat tak tau aje.... Sekali dorang ni boleh pulak cerita pasal SYTD2... Memang terkena lah aku kan?
Cik AJ mula lah nak buat muka comel dia bila nak pape kan...

MACAM NI HAAA.... KO GHASE?
Lepas dekat sejam dia pujuk, aku pun kata okay. Melompat - lompat lah dia kan.
Disebabkan kitorang dah ada dekat Times Square and pawagam tu memang sebelah je, memang aku tak boleh nak elak.

Kitorang tengok screening jam 9.20 pm, itu pun tinggal tempat duduk kat dua barisan paling depan je. Disebabkan cik AJ nak sangat tengok cerita tu, dia pun tak kisah (selalu tak suka duduk depan). Tapi kali ni, kalau suruh duduk bersila pun dia setuju agak nye. 
HAHAHAHA..

Pada mula nye, aku cakap nak tido sebab aku memang tak layan lah cerita mcam ni kan (abam jet² sado hati keras kononnye). Penyudahnye, dengan aku skali melayan cerita SYTD2 ni. 
Sebab apa? Sebab pada asal nye aku tengok Arini tu comel sgt... Ehhh... terrrrrr jujur plak.

Hakikat nye, storyline cerita ni memang best, lawak, sedih semua ada. Walaupun aku tak pernah tengok SYTD yang pertama.

Kepada korang yang berhajat nak pergi tengok. aku sarankan pergilah secepat mungkin sebelum dorang stop tayangan. 

Pada aku, cerita ni walaupun ala² cintan cintun gitu masih ada aspek lain yang mampu menyentuh hati aku. Maklum lah, pengalaman aku dengan orang sakit (lagi² orang yang sangat rapat dengan aku) ni memang banyak. 
Sumpah watak Arini tu membuatkan aku rindu pada Ayah aku, sifat tabah dan tenang menghadapi penyakit yang dah tentu tiada penyelesaian nye.

Anyway, apa yang aku cuba sampaikan kat sini adalah kalau korang ni jenis sensitif dan mudah mengalir air mata........ Tolong lah bawak tuala... Nescayalah bahawa tisu tidak akan pernah cukup.

YERRRRRR..... Mengalir airmata JANTAN aku disebabkan cerita ni.

So pada lelaki kat luar sana, kalau rasa hati kental sila lah pergi tengok dan kongsi pengalaman korang dekat ruang komen ye?

Sekian.... Aku nak pergi duduk kat sudut dinding diam².


2 comments:

  1. Tq.... Akhirnya termakan pujuk...
    Hahahahh...

    ReplyDelete
  2. Hehehe nak duk akt sudut dinding dediam tu nak nangis ke apa ..

    ReplyDelete

Adsense Ads