Thursday, 2 February 2017

Terjah Lenggong - Selamat Datang ke Riverine Nature Camp!

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Semalam aku dah ceritakan plan last minit kitorang ke Lenggong.
Hari ni pulak, aku nak bagitau korang apa yang kitorang buat kat sana dari segi aktiviti dan apa kemudahan yang tersedia dan bakal disediakan buat para pengunjung dalam masa terdekat ni.

Macam korang sedia maklum, kami sampai di Riverine Nature Camp ni awal pagi sabtu dan disebabkan hari masih gelap, kami dipelawa tido di homestay Pak Li (Owner Riverine). Pada keesokan harinya, kami keluar ke pekan untuk membeli barangan keperluan dan juga sarapan. SARAPAN KE?
KO GHASE? Sarapan Kanak² Membesar Sangat.
Lepas makan, kami pun pergi Shopping.... Hahaha... Tapi shopping barang makanan dan keperluan untuk berkhemah selama 3 hari 2 malam di Riverine. (walaupun kat sana ada "Pusat Membeli-Belah"
Nampak? Ko Hader?
Lepas settle beli barang, Pak Li bawak kitorang pusing ikut jalan jauh pulang ke Kampung Sumpitan (Kg dimana Riverine bertapak) bagi menikmati dan mengambil gambar suasana bukit yang diliputi kabus. (Masa tu dah tengah hari, masih berkabus hokay).
 

 

 

Sampai saja di Riverine, kami pun memunggah barang turun ke kawasan yang kami pilih untuk pacak khemah. Macam biasa lah, gotong royong lah kami.... (Apa yang penting? Kerjasama.... haha)

Kami juga merupakan antara makhluk yang pertama merasmikan tapak di tepi sungai dan juga khemah 6 man dome yang Pak Li sediakan buat para pengunjung. Khemah² itu sangat besar dan selesa, memang sesuai untuk Family. 
 

 

Kalau korang nak tahu, setakat ni Pak Li menyediakan sebanyak 15 buah khemah 6 Man Dome ni, jadi kalau korang cadang nak buat beriadah di Riverine korang tak perlu risau tentang tempat tido.

Mungkin juga ada antara kita yang tidak berapa selesa berkhemah dan inginkan sedikit keselesaan. Betul?
Jangan risau, Riverine juga menyediakan perkhidmatan Homestay yang tidak jauh dari kawasan tersebut dengan harga yang sangat berpatutan.
 

 

 

Haaaaa..... Sambung cerita kita tadi.... Lepas dah habis setup semua, masing dah tak tahan nak terjun sungai. Termasuklah pemilik Riverine skali, dengan dia skali join kitorang "membadak" dalam sungai.
 
Penat² gitu kene ai sungai yang macam air batu peerrgrhhhh... sedap gila!

Malam tu pulak, kami masak sendiri dekat campsite. Tak main lah makan bungkus or meggi je.. Masak nasi dengan lauk hokay... Walaupun tak setaraf dengan hotel lima bintang tapi kami kenyang.

Hari pertama kami di Riverine tak lah begitu "back to nature" sangat disebabkan malam tu kami keluar dengan Pak Li. Katanye "jom kita pergi tengok live band" jadi kitorang pun ON! lah. Sekali Pak Li bawak kitorang pergi Kampung sebelah je, terjah majlis kahwin.

Memang lah ada "LIVE Band" tapi kenduri kahwin orang kot. HAHAHAHA.... Lepas tu kene suruh nyanyi pulak tu... memang orang kampung kat Lenggong ni "Hospitality" dia memang A+++.

Dah settle menyanyi sampai hujan turun, kami berangkat pulang. Singgah minum dulu dekat warung depan simpang masuk Kampung Sumpitan.

Jam pun dah lebih kurang pukul 1 pagi masa tu. Apa lagi....
TIDO LAAAAAAAA.....

Haaaa.... Nanti aku bagitau korang aktiviti hari ke -3 dan seterusnya ye?
Stay tuned.

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads