Friday, 31 March 2017

Bila Terpaksa Pilih Antara Keperluan Dengan Kehendak.

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Semua orang tak dapat lari dari masalah, termasuk lah aku. Nyata benda paling susah untuk aku adalah memilih antara keperluan dengan kehendak.
Kalau ikutkan hati, memang semua aku nak sapu. HAHAHAHA... tapi apakan daya situasi kewangan aku sekarang ni dah tak macam dulu. Jadi aku terpaksa buat pilihan antara dua benda yang pada aku penting bagi aku sekarang ni.

Dua benda yang aku maksudkan tu adalah KERETA & LAPTOP!

Ye, aku memang dah ada sebuah kereta tapi kereta tu perlu di baikpulih dan akan makan masa yang agak lama. 


Aku dah tak larat nak mandi 4 kali sehari. (mandi hujan lah tu)... 
Kebetulan ada kawan aku nak melepaskan kereta satria dia pada harga yang agak tak masuk akal, jadi aku pun ambil keputusan untuk sambar lah.


Yang jadi hal dekat sini adalah bila aku ke digital mall semalam dengan Cik AJ dan beberapa rakan lain. Pelan asal nak pergi makan kat Mc Donald je, tapi sebab sorang lagi belum sampai lagi waktu tu kitorang pun pergi lah jalan² dalam digital malll tu. 
Singgah di kedai Ustaz untuk cari cover handphone Xiaomi Mi3s aku tu.
Dah selesai beli, jalan nak escalator tu ada sederet kedai komputer. Aku pun terus macam "Tora (dugaan) datang lagi!". Nak menahan nafsu untuk tidak membeli sebab nak kene bayar duit kereta kat kawan aku. 
Sekali datang Cik AJ cakap depan sorang brader kedai komputer tu "eh, tu bukan laptop yang u cari tu ke?"

Haaaaa.... Dia dah buat dah..... Kan brader tu terus start pancing aku...

"Bang! kedai kami kedai last belah hujung, so kami bagi diskaun dan buang harga untuk kaki² survey setiap kedai" katanye. 
"Kalau abang tade duit nak beli sekarang pun tak apa, abang boleh bayar booking RM 200 dulu, nanti bila dah ada duit abang datang bayar balance dia je ataupun kalau abang tak jadi beli pun tak apa. Kami pulangkan deposit abang."

Bila dengar macam tu, secara automatik aku pergi tanya detail kat dia! (Yer, aku manusia biasa macam korang jugak :P).

Laptop yang aku minat tu jenis Lenovo 100s baru yang dikuasai oleh processor Quad-Core gandingan bersama Ram sebanyak 4GB. Cukup puas hati kalau setakat nak buat kerja, entry dan editing.



Harga yang ditawarkan pulak memang buat aku sakit otak nak memikir & memilih. Harga pasaran Laptop ni di sekitar RM 1299 - 1499. Mamat ni offer kat aku RM 1099 je!!!! Memang nak gila lah aku kan.... Bukan tu je, di sertakan sekali dengan Windows 10 lifetime license, 3D/VR video player (harga software ni je dah RM 800) dengan set aksesori 24 dalam 1 yang bernilai lebih dari RM 200.

ARRRRGGHHHHHHH!!!!!!! Semua ni Cik AJ punya pasal!
Sudah..... Nak beli ke tak nak? Nak beli ke tak nak? tu je lah aku fikir selama setengah jam!

Memang sangat menarik apa yang ditawarkan, tapi sepertimana yang aku katakan tadi aku memang dah tak larat nak berhujan dan berpanas lagi (dah senja gamaknya). Kalau aku beli laptop, bukan boleh guna untuk elak dari kena hujan kan? Jadi aku telan air liur, tarik nafas panjang dan tolak offer brader tu. Kalau ada rezeki, lain kali lah aku beli. 
Buat masa sekarang ni, aku rasa lebih penting untuk aku dapatkan kereta tu dulu demi keselesaan kami nak pergi ke event ataupun jalan².

Korang pernah tak rasa macam ni? Apa pula tindakan korang? Cer cerita sikit dalam ruangan komen. Abam nak tau jugak!

3 comments:

  1. Selalu, tapi selalu jugak ade wira penyelamat datang membantu...
    Hahahahahahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nama Wira Penyelamat tu? Hehehehehe...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete