Thursday, 30 March 2017

Kenapa Aku Pilih Polisi Insuran Kenderaan UniAsia (Liberty Insurance).

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia!

Harini Abam nak bagitau korang kenapa abam pilih Insuran Kenderaan dari UniAsia atau kini lebih dikenali sebagai Liberty Insurance.

Antara sebab utamanya adalah kerana urusniaga boleh dilakukan di mana² kaunter Pos Malaysia seluruh negara. Selain itu, UniAsia (Liberty Insurance) adalah antara syarikat insuran yang masih menyediakan liputan insuran bagi kenderaan² yang usianya menjangkau lebih dari 20 tahun. (Maklumlah kereta abam semua dari zaman Flintstone).

Pesaing terdekat UniAsia pada suatu ketika dulu adalah Pacific & Oriental Insurance (P&O) tapi dikhabarkan yang dorang tidak lagi memberikan coverage bagi kereta² lama.
Nak dijadikan cerita, bulan April nie Insuran Kereta dengan Moto abam dua² luput serentak. 
Pishang bhai.... Hahahaha...

Tiba² semalam bila sampai rumah nampak lah ada surat dari Liberty Insurance ni. Terus dok fikir "Bila pulak aku langgan insuran dengan company ni?"

Bila bukak surat tu rupanya dorang nak bagitau yang UniAsia telahpun dibeli oleh Liberty Insurance, pusing ke muka surat belakang pulak tertera nombor polisi insuran motor abam. 
Semua dah siap calculate dan abam cuma perlu bawa geran dengan surat tersebut ke pejabat pos untuk memperbaharui insuran motor. 

Kan dah jimat masa kat situ? tak payah nak ambil nombor lepas tu tunggu orang tu sema balik polisi lama. Kira jumlam NCD (No Claim Discount) dan sebagainya sebelum mengeluarkan polisi insuran yang baru.

Rasa macam seronok pulak bila syarikat insuran tu dengan sendirinya cuba untuk menyenangkan proses kita memperbaharui insuran kenderaan.

Nanti abam update entry pasal langkah² nak renew pula di pejabat pos. (insuran abam masing² meninggal dalam bulan 4 ni...huhu).

P/S: Gambar akan menyusul kemudian....... Tertinggal pulak surat tu kat rumah.

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads