Friday, 17 March 2017

Muzik4Humanity Akan Menggegarkan Istana Budaya Malam Ini!

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Semalam, aku dijemput untuk menyaksikan "rehearsal" Konsert Muzik 4 Humanity bersama beberapa rakan #kbba9.


Nyata aku sangat merindukan saat² bersama di atas pentas Istana Budaya satu ketika dulu. Masa tu, aku dikalangan kru safety & stunt bagi "Cuci The Musical".

Kini aku berada di sini lagi, bukan sebagai kru tetapi sebagai penonton. Memang teruja bila kau duduk beberapa kaki je daripada LAGENDA² industri muzik tanah air.





 Walaupun sekadar raptai dan "soundcheck" semata, namun persembahan mereka tetap mengujakan!

Kalau korang nak tau, tujuan Konsert Muzik4Humanity ni diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu misi kemanusiaan "Little Caliph di Kandahar, Afghanistan". 


Dana yang dikumpul dari hasil jualan tiket konsert ini sedikit sebanyak dapat membantu dari segi makanan & pembelajaran.

Usaha sama diantara Mercy dan bahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) DNex berjaya menyatukan 4 artist yang bileh dikategorukan sebagai Lagenda Dunia Muzik.


Nak tau siapa? Haaa... Dato Ramli Sarip, Dato Khatijah Ibrahim, Dato Hattan & Jaclyn Victor.

Untuk show malam ni, aku dengar masih ada kekosongan. Jadi pada korang yang ingin menghayati persembahan epik ini korang boleh lah ke Istana Budaya terus sebelum 8 malam ini.

Harga tiket berharga diantara Rm150 - RM450. Mahal? Tak kot... Sebab tujuan dia untuk membantu mereka yang memerlukan.

Jom... Jumpa disana!


No comments:

Post a Comment