Monday, 20 March 2017

Rambang Mata Di JBR Bundle Hulu Langat!

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Nak dijadikan cerita, semalam aku dengan kawan² aku plan nak gi makan dekat "D Palette Place" yang terletak kat Hulu Langat. Sebenarnya memang dah lama kawan² aku teringin nak pergi makan kat sana tapi selalu tak berkesempatan. 

Haaa, kali nie kitorang sempat lah gi makan ramai² kat situ. Makanan dia memang sedap dan harganya juga berpatutan. Kalau korang nak tau lebih detail, korang klik lah dekat D'Palette Place kat atas tu. Cik AJ ada cerita pengalaman dia makan kat situ dengan family.

Macam biasa lah, lepas habis makan kami duduk berborak sakan, maka terkeluar lah cerita pasal JBR Bundle ni. Sebab wife member teringat yang aku dengan cik AJ pernah cerita pasal bundle BESAR & MURAH nie...

Dia pun apa lagi, mengajak lah kitorang tawaf bundle tu. 


Masuk je dalam tu.... Perghhhhh... Dia punya dugaan.... Nasib baik lah dah tengah bulan nie, kalau tidak mau aku shopping sakan.
Terdapat bermacam pilihan barangan pre-loved dan vintage untuk semua peringkat umur. 
Dengan keluasan lebih kurang 1 padang bolasepak, aku rasa memang cukup selesa untuk korang berjalan dan "survey" barang.

 

 

Harga barang² dia pula sangat lah berpatutan dan bermula dari serendah RM 1. YA! BETUL! Serendah RM1.
Sekarang Percaya Tak? Hahaha...

Best kan? Tapi biasa lah, kalau barang harga RM 1 tu, korang kene lah pandai cari dan pilih yang elok.
Bukan tu je, ada jugak pakaian wanita yang ada "offer" katanye. Harga dari RM 5 dan beli 4 helai dapat percuma 1 atau pun mix & match 3 helai pada harga RM 10 je! Ko ghase.... memang berbaloi sangat lah kan?

 

 

Tunggu apa lagi? gaji dah dekat ni. Jom pakat pi serbu JBR Bundle ramai ramai.
Nah, last skali aku tinggalkan korang dengan view keseluruhan JBR Bundle.



JBR Bundle
Taman Kemacahaya, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor, Malaysia
+60 13-629 5755
12 PM - 3AM Isnin - Sabtu
12PM - 12AM Ahad.




4 comments:

  1. Menangis tengok bundle nih. Besar gile.. brang2 hiking ade ke bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang hiking tak berapa nak ada. tapi kalau stakat wind cheater dengan jackets tu ada lah.

      Delete
  2. phew..
    paling besor bundle aku tgk stakat ni..
    letih nk cari size nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lah, considering ni bundle jenis tepi jalan. aku pun terkejut...

      Delete