Tuesday, 14 March 2017

Susu Kambing Keluaran i-Sihat - Khasiat Semulajadi Setiap Hari.

Selamat Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Hari ni Abam nak cerita sikit pasal Susu Kambing i-Sihat yang merupakan formulasi semulajadi yang mempunyai pelbagai khasiat. 
Abam memang peminat susu kambing sejak dulu lagi, kebiasaan nye memang minum susu kambing dekat kedai mamak atau beli dari "babu" yang jual naik motor tu.

Selama ni, memang tak pernah lagi rasa susu kambing yang asli kalau jenis yang paket² "instant" nie. Tapi sekarang dengan ada nye Susu Kambing dari i-Sihat ni tak perlu lagi keluar mencari si "babu" tadi. hehehehe..... 

Nak tau kenapa? haaaaa.... jom baca.....


Susu Kambing i-Sihat ni merupakan produk keluaran tempatan yang bertaraf antarabangsa. Formulasi yang menitikberatkan konsep kesihatan disamping meningkatkan kecantikan wajah ini dirumus khas tanpa menggunakan sebarang bentuk pewarna mahupun perisa tiruan. 

Pada mereka yang kurang gemar akan susu kambing kerana sifatnya yang berbau hamis, korang tak perlu risau sebab susu kambing keluaran i-Sihat ni memang TAK ADA bau! Ia juga didatangkan dengan tiga variasi iaitu:
  • i-Sihat Susu Kambing Asli 
    • ASLI tanpa gula tambahan, organik, tanpa bau hamis, lemak berkrim. 
    • Mengandungi nutrien² & zat seperti Kalsium, Omega 3,6,9 & Vitamin A,B,C.
  • i-Sihat Susu Kambing Vachoc Plus 10
    • Terbaik untuk Kanak - kanak membesar.
    • Berperisa Coklat yang lazat.
    • Vachoc Plus 10 mengandungi 10 jenis ekstrek yang naik untuk minda, antaranya:
      • Buah Zaitun, Buah Tiin, Buah Delima, Kurma, Kismis, Badam, Manna, Saffron, Habbatus Sauda dan Ginkgo Biloba.
  •  i-Sihat Premium Berry 15 Dalam 1
    • Mengandungi 15 Ekstrek Aktif yang terdiri daripada:
      •  Applephenon, Ekstrak Bunga Sakura, Astaxanthin, Collagen, Buah Strawberi, Buah Berry, Badam, Kismis, Habbatus Sauda, Buah Tiin, Delima, Saffron, Kurma, Madu dan Susu Kambing.
      • Setiap satu Ekstrek ini mengandungi khasiat dan kelebihan tersendiri, Contohnya:
        • Memutihkan Kulit, Menegangkan dan menganjalkan kulit serta mengurangkan kedutan.
        • Mengurangkan Pigmentasi, Bintik Hitam dan Kulit Kusam disamping mengekalkan Awet Muda.
Susu Kambing dari i-Sihat ni juga sangat senang untuk dibawa kemana-mana kerana selain daripada pek bancuh, mereka juga menyediakan sachet yang senang dibawa bersama. Tak kira lah korang nak bancuh kat rumah ke mahupun bawa bersama ke tempat kerja, sekolah ataupun sebagai minum tenaga / kesihatan sewaktu beriadah.

Dari segi "packaging" pula, Susu Kambing i-Sihat ini didatangkan dengan 2 option iaitu:

  • Pouch Pack
    • Kandungan bersih sebanyak 500 gram.
    • Didatangkan sekali dengan scoop percuma bagi menyenangkan hidangan, terutamanya untuk para ibu yang mempunyai anak / bayi kecil kerana scoop tersebut bersamaan dengan 1 ounce.
    • Pouch pack ini lebih sesuai untuk disimpan dirumah untuk seisi keluarga menikmati khasiat Susu Kambing i-Sihat bersama.

  • Sachet Pack
    • Kandungan sebanyak 500 gram, sama seperti Pouch Pack.
    • Didatangkan dalam bentuk sachet untuk menyenangkan korang untuk bawa kemana saja.
    • Setiap pack mengandungi 20 Sachet seberat 25 gram setiap satu.

Penyediaan Susu Kambing ni cukup senang dan boleh dilakukan oleh sesiapa saje, tak kira lah budak², dewasa mahupun warga emas.

Bagi yang menggunakan Pouch Pack tadi tu, korang cuma perlu bancuh 4 scoop susu kambing di dalam setengah cawan air atau lebih kurang 200ml air suam (bukan panas @ sejuk). 

Bagi yang menggunakan sachet pula, cuma bancuh 1 sachet susu kambing dengan setengah gelas air.
Pada aku, lagi sesuai kalau sukatan air tu ikut tekak sendiri. 
Contohnya, aku lebih suka susu tu pekat dan molokek jadi aku kurangkan isupadu air. hahahaha... baru lah sodap!

Rasanye aku dah cerita dari A-Z pasal produk TERBAIK keluaran Bumiputra ni,  tapi aku yakin ada yang malas nak baca panjang lebar ni. Jadi aku sertakan video sekali untuk tontonan korang!


Haaaaaaaaa..... Nampak tak muka kanak² bahagia dapat minum susu kambing?

Masih tak percaya tentang khasiat susu kambing ni?
Jom Baca Testimoni dari pengguna lain:

Jadi pada korang yang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan dengan Variasi dan Kelebihan Susu Kambing keluaran i-Sihat ataupun untuk membuat sebarang pembelian. 
Boleh lah rujuk kepada pihak i-Sihat sendiri melalui pautan laman sosial mereka atau berhubung terus melalui:

Dapatkan i-Sihat:

WEBSITE:

CARELINE:
 019-2020 911

Facebook:

Instagram

Pssstttt..... Nak bagitau ni..... Harini jer dah 2 kali minum Susu Kambing ni... Tapi masih rasa macam nak bancuh lagi satu sachet! Sedap gila weyh!!!


32 comments:

  1. Sedap sangat tu sampaikan nak bancuh lagi satu sachet walaupon dah minum 2 kali arini hehehe..Jom minum susu kambing

    ReplyDelete
  2. ramai yg bg feedback bagus ttg susu ni. good info!

    ReplyDelete
  3. terasa-rasa pulak rasanya susu kambing nih ...mesti nak kena cuba nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus.... Wajib.... Tak tipu, memang sedap.

      Delete
  4. Replies
    1. Yang Coklat belum cuba lagi... tapi memandangkan yang asli pun dah sedap. Coklat mesti lagi sedap.

      Delete
  5. Terbaik video dan info berkaitan susu kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Thanks. Video Newbie je...

      Delete
  6. Senang ada pack instant camni, boleh bawak ke mana saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe Kak Mas... ni ada ni haa bawak mai kat ofis.

      Delete
  7. Nama pun sedap i-sihat...nak cubalah...tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.... Yup... Mesti cuba.

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Rasanya sedap.. tak hamis. Pertama kali minum berkali2 nak tau..

    ReplyDelete
  10. sedap susu kambing i-sihat. Sekali minum pasti nk minum berkali-kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Silap2 kejap je dah abis sekotak... hehe

      Delete
  11. sayang nak habiskan, tapi tak tahan sebab sedap sangat... hahahaha

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Aah, ada perisa coklat. Vachoc tu... Pekat kaw...huhu

      Delete
  13. pergh emang sedap lah susu kambing brand isihat ni especially vachoc plus 1o....jilat cawan lepas minum....

    ReplyDelete
  14. sedap memang sedap.. tiap2 hari mesti minum.. nak lebih tenaga minum vachoc.. risau kulit kusam minum Premium Berry.. Makan bijirin sarapan pagi dengan i-Sihat perisa asli..

    Nak rasa kesedapan i-Sihat?? meh contact 019-3201012 (agent i-Sihat Penang)

    ReplyDelete