Friday, 10 March 2017

Urusan Pos Lebih Mudah Dengan Pos Laju EziBox!


Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Di Era moden yang kian membangun ni, ada lagi ke antara kita yang menggunakan kaedah / cara manual untuk melaksanakan sesuatu tugasan atau urusan?

Aku pasti ramai di kalangan kita lebih selesa menggunakan perkhidmatan online kan?

Tapi.... kalau cerita pasal Pos? haaa... tu lah satu² nya urusan yang kita terpaksa lakukan secara manual. Kene lah tulis slip pengeposan tu sendiri, kena balut lepas tu masuk dalam sampul atau kotak. 
Tak termasuk beratur dekat Pejabat Pos berabad lagi.

Well, sekarang semua urusan pengeposan (Pos Laju) dipermudahkan lagi dengan adanya EziBox dari Pos Laju. Perkhidmatan berbentuk kiosk ni, sangat mudah digunakan, tak kira lah korang nak pos barang mahupun collect barang.


Tempoh hari, aku ada dapat barang review melalui Pos Laju. Malangnye, masa barang tu sampai aku tak ada di rumah. 
Sangkaan aku, memang kene ke pejabat pos lah keesokkan harinya  macam biasa. Beratur panjang²....... Tunggu lama²......

Tapi aku salah.........
Memang ada pihak Pos Laju tinggalkan slip dekat dalam peti surat aku, tapi tak lama kemudian aku dapat SMS dari Pos Laju menyatakan bahawa pakej aku telah diletakkan di dalam EziBox Shell Wangsa Maju bagi menyenangkan pengambilan. 

WOWWW TAK? WOW KANN!

Esok tu, lepas balik kerja aku terus ke Shell, Wangsa Maju yang dinyatakan (bersebelahan dengan Aeon BIG Seksyen 5, Wangsa Maju). Langkah² penggunaan kiosk ni jelas dinyatakan pada skrin sentuh. 
Cuma perlu ikut arahan untuk dapatkan parcel korang.

Pilih sama ada Penghantaran / Pengambilan.
Pilih untuk menggunakan keypad atau pengimbas "barcode"
Masukkan Tracking / Consignent No.
Kemudian masukkan No Pin yang diberikan melalui SMS tadi.
Safe Box yang mengandungi parcel korang akan ditandakan dengan warna HIJAU.
Ambil parcel, lepas tu tutup pintu.
Ada 2 cara untuk korang dapatkan parcel korang, iaitu menggunakan "barcode" yang tertera pada collection slip atau menggunakan nombor pin seperti di dalam SMS yang diterima oleh pihak Pos Laju. 

Pada pendapat aku, mungkin lebih senang kalau gunakan pengimbas kod bar tu lah sebab semua maklumat yang diperlukan dah terkandung dalam kod bar tu. 
Disebabkan aku tak bawak slip tu jadi aku terpaksa masukkan menggunakan keypad lah. 
Redha je lah...

Selesai imbas kod bar atau isi ruangan yang diperlukan, terus pengambilan korang akan disahkan dan pintu locker akan terbuka (seperti yang dinyatakan di skrin dengan tanda berwarna HIJAU).

Mudah je kan?

Kalau nak pos barang pun senang juga, korang hanya perlu pilih penghantaran dan imbas kod bar pada slip penghantaran korang tu. 
Selepas detail dirakam oleh sistem EziBox, satu pintu "hatch" akan terbuka di sebelah kanan skrin tersebut.

Hanya perlu buka, masukkan parcel dan tutup! 
As simple as 1, 2, 3 .... DONE!


Tu je nak kongsi sbb teruja plak first time pakai haritu... HAHAHA...

Selamat mencuba.



3 comments:

  1. hahahhaa... sama laa... excited bila 1st time tahu pasal mendalah ni... memudahkan...

    ReplyDelete
  2. Kann... Rasa mcm main tikam kat fun fair hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh majuuu dah sekarang ni hahaha..tatau pon lagi kewujudan benda ni..baru jer tau ni..tq jean ..

    ReplyDelete

Adsense Ads