Friday, 21 April 2017

Plastik Sampah Harga Nasi Kandar!


Hari ni aku buang tebiat, keluar sejam awal sedangkan aku hanya mula keje pada jam 7 pagi.

Kononnya nak ride santai lah pergi keje. Hajat aku ak kesampaian bila awan mula menangis... Masa tu aku baru dalan 1km je dari rumah, nak patah balik tak boleh sebab hujan datang dari arah belakang.

Abam pun apa lagi, cabut lah cepat².... Sampai dekat area Setiawangsa memang dh tak boleh lari dah, hujan semakin lebat. Maka terpaksa lah abam berteduh di bawah jambatan. Kononnye nak tunggu hujan reda sikit lah tu, tunggu punya tunggu sampai jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi.

ALAMAK... DAH LAMBAT... JAUH LAGI PERJALANAN NI....

Tiba² terlintas dalam kepala... Eh... Depan tu ada 7e... Beli poncho lah... (Sebab nak cover laptop office je pun).

Abam pun redah lah hujan pegi kat 7e tu. Haaaa! Ada pun poncho... Terus abam sapu 2 sambil memikirkan petang nak jemput Cik AJ balik keje, baju hujan tertinggal...


Memandangkan dah agak lewat, laju² je amik poncho tu (1 biru, 1 pink - utk Cik AJ bukan Abam).

Terus pergi kaunter nak bayar... Abam keluarkan lah duit kecil (dengan konfiden bahawa harga dia masih RM 2-3 je!!). Sekali budak belakang kaunter tu cakap total dia RM11.60....

Terkedu kejap Abam kat situ... Boleh mati terkejut lah kalau Abam lemah jantung... Tapi disebabkan dh lambat Abam pun bayar je lah... Nak buat macam mana kan..

Sambil bukak poncho tu, duk menyumpah jugak... 
"Hampeh betul, plastik sampah ni aku bayar harga Nasi Kandaq!"...
Nak menyesal dah terlambat, jadi redha je lah...

Abam pun terus naik moto menuju ke tempat keje. Kau tau? Tak tau kan?
Jalan depan sikit, naik AKLEH dah reda hujan. Sakit je hati mengenangkan kerugian dipagi hari...

Moral of the story? 
"Sediakan payung sebelum hujan"

Dah lah duit lebur... Pastu sampai tempat keje lambat 10 minit pulak tu.... Erggghhh... Pagi² dah stress....

Wednesday, 19 April 2017

Naik Kenderaan Awam Lepas Hampir Sedekad.


Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Kalau dalam entri Abam yang sebelum ni Abam cerita pasal trip bajet Abam ke negara jiran, Thailand.

Today, cerita pasal Abam jadi bodoh kayu bila dah hampir sedekad tak naik kenderaan awam. Kenapa?

Haaa... Sebab waktu dalam perjalanan balik dari Thailand, motor Abam breakdown dekat Ladang Bikam arah selatan menghala ke KL. Nasib baik bukan kat negara jiran, kalau tak memang #pishang laaa....

Maka harini Abam terpakse lah naik kenderaan awam. Memang terpinga² lah dibuatnya. Dengan konfiden keluar rumah seawal 5.30 pagi sebab nak kejarkan feeder bus & train yg pertama ke Bangsar, hampir 2 jam menunggu rupanya bas tu dah tak lalu depan rumah. Cisss!!!. 

Abam pun naik lah teksi smpi LRT Sri Rampai. Sampai kat sana dalam pukul 7.30.
Makkk aiihhh... Macam sardin dia punya penuh. Kesudahannya Abam nekad naik Uber je, nahhh amik kau korban RM25 untuk  Uber. Tu pun sampai Office pukul 9 pagi... Urghhhhh.....

Memang terasa macam patah kaki lah bila tak ada transport sendiri ni. 

Nasib baik ada sorang umat ni PM Abam dengan niat nak bagi pinjam motor dia sementara menunggu motor Abam siap. Beliau juga seorang biker otai dan pernah bergelar guru pada Abam satu ketika dulu.

Sumpah terharu tak terkata... Tq Chief!

Sekarang ni Abam dalam perjalanan ke Putrajaya untuk amik motor tu. (Pun satu hal jugak sebab kene naik kenderaan awam lagi... Hahahahaha).

Macam bodoh jugak lah tadi, takut salah tren or salah arah... Syukur semuanye selamat & Abam dah nak sampai Putrajaya dah pun.

Rasanye lepas ni ke gunakan Public Transport sekurang² nya sekali sebulan supaya tak terpinga² macam ni lagi...

Hehehehehe...

P/s: Abam tau banyak entry yang pending sekarang. Abam tau ramai yang tunggu entri trip bajet tu kan... Sabar ye...

Tuesday, 11 April 2017

Percutian Bajet 5 Hari 4 Malam Ke Thailand. Boleh Ke Bajet?

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Bila sebut pasal CUTI, tentu ramai yang berkata "alaa mahal lah".
Well ni Abam nak bagitau korang yang sebenarnya korang mampu bercuti ke macam² destinasi dengan bajet yang rendah.

Sebagai contoh, Abam akan bercuti di Thailand bermula esok sampai hari Ahad atau Isnin depan. Mesti korang kata PERRRGHHH LAMA TU.... Memang lama pun.... Tapi berapa bajet yang diperuntukkan untuk percutian ni?

Haaa.... yang tu korang kene ikuti lah perkembangan trip terjah Abam nie... Hehehehehe...

Untuk trip Abam kali ni, Abam bercadang nak melawat banyak tempat yang pada abam agak menarik dan tak begitu popular dikalangan pelancong dari Malaysia.
Antaranya merupakan sebuah Tokong dia atas bukit di Hatyai, orang mesti tak tau kan yang sebenarnya berdekatan tokong tu ada port lepak yang korang boleh dapat view seluruh Hatyai dan juga sunset?!.... Terkejut? 
(yang ni nanti abam cerita bila dah hujung² trip nanti)

Destinasi UTAMA Abam untuk trip kali ni adalah Koh Lanta dan Emerald Pool. Apa yang ada disana? 
Apa lagi....... Keindahan alam semula jadi laa...

Koh Lanta merupakan satu pulau peranginan yang pada Abam masih "suci" dan belum dikomersilkan sepenuhnya. Pemandangan dia memang cukup indah. Lagi² bila tempat Abam menginap tu dikatakan hanya 50 meter dari laut.



Emerald Pool pula merupakan sebuah kolam semulajadi yang terletak di Khlong Thom Nuea, di daerah Krabi. Airnya yang jernih dan biru seakan akan emerald menjadi tarikan utama.


KOS NAK KE TEMPAT² NI?

Tentang kosnya, kene lah tunggu post mortem trip Abam nanti. Tapi setakat ni apa yang Abam boleh bagitau adalah untuk penginapan di Koh Lanta dan Hatyai selama 5 Hari 4 Malam tu, Abam cuma berbelanja sejumlah RM 208 je..... Murah kan?

Mesti korang ingat abam tido kat hotel hayam kan? hahahaha.... TAK HOKAY!
Nanti Abam tayang gambar bilik semua kat korang ye?

Xsabar nak buat entry seterusnya bila sampai sana nanti...
Stay Tuned tau....

Monday, 10 April 2017

Betul Ke Seluar Jeans Ada Jin?!

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Korang pernah tak terfikir kalau² seluar jeans yang korang pakai tu sebenarnya terkandung makhluk halus? khususnya "Jin"?

Pada aku soalan tu tak lah pelik sangat sedangkan duit rakyat pun boleh lesap berjuta, inikan pula duit yang kita simpan dalam seluar... HAHAHAHA....

Secara AM nye, Abam masih tergolong dalam suku sakat kaum miskin bandar jadi dah tentu lah abam pun mengalami situasi gawat kadang². Nak dikatakan sampai tak ada duit nak makan tu tidaklah tapi terkadang merasa jugak kekangannye. 

Contoh terdekat adalah abam sendiri, dimana esok abam nak berjalan jauh "ride motor" ke Koh Lanta, Thailand. Waktu tu jugak lah semua benda nak kene buat. Road Tax & Insurance Kereta dan Motor sekali jalan pulak mati. So ofcourse lah abam nak jimat selagi boleh untuk menjayakan trip Abam kan......

Semalam Abam dgn Cik AJ pergi mendobi baju² yang nak dibawa bersama nanti. 
HAAAAAAA.... kat situ lah terjadinya kisah seram dan punca persoalan abam tentang jin tu.

Nak tau kenapa?
Sebab masa nak gi mendobi tu macam biasa kitorang akan cek segala poket yang ada kot² ada tertinggal barang or duit .... mana lah tau kan?

TIBA TIBA...... NAHHHH HAMBEK KAU..... 
Dalam poket seluar Cik AJ ada duit... bila dah keluarkan semua duit yang ada dalam beberapa seluar jeans Cik AJ tu, ko ghase ada berapa?

RM 39.00 Hokaaayy.... HAHAHAHAHA...
Walaupun tak banyak, kitorang tetap bersyukur Malaysia masih aman.... ehhh.... 

Persoalan abam pasal jin tu masih tak terjawab, dan pada Abam jawapan yang ada pada Abam masih samar² sama ada terkandungnya jin dalan seluar jeans Cik AJ ataupun sebenarnye Cik AJ tu lah jin yang curi duit abam? hehehehehehe... jangan marah naaa....

Sekian....
Maaf ler buang masa korang baca.... :P
p/s: imej ehsan Google sebab abam terdelete gambo semalam... :(