Tuesday, 11 April 2017

Percutian Bajet 5 Hari 4 Malam Ke Thailand. Boleh Ke Bajet?

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA.

Bila sebut pasal CUTI, tentu ramai yang berkata "alaa mahal lah".
Well ni Abam nak bagitau korang yang sebenarnya korang mampu bercuti ke macam² destinasi dengan bajet yang rendah.

Sebagai contoh, Abam akan bercuti di Thailand bermula esok sampai hari Ahad atau Isnin depan. Mesti korang kata PERRRGHHH LAMA TU.... Memang lama pun.... Tapi berapa bajet yang diperuntukkan untuk percutian ni?

Haaa.... yang tu korang kene ikuti lah perkembangan trip terjah Abam nie... Hehehehehe...

Untuk trip Abam kali ni, Abam bercadang nak melawat banyak tempat yang pada abam agak menarik dan tak begitu popular dikalangan pelancong dari Malaysia.
Antaranya merupakan sebuah Tokong dia atas bukit di Hatyai, orang mesti tak tau kan yang sebenarnya berdekatan tokong tu ada port lepak yang korang boleh dapat view seluruh Hatyai dan juga sunset?!.... Terkejut? 
(yang ni nanti abam cerita bila dah hujung² trip nanti)

Destinasi UTAMA Abam untuk trip kali ni adalah Koh Lanta dan Emerald Pool. Apa yang ada disana? 
Apa lagi....... Keindahan alam semula jadi laa...

Koh Lanta merupakan satu pulau peranginan yang pada Abam masih "suci" dan belum dikomersilkan sepenuhnya. Pemandangan dia memang cukup indah. Lagi² bila tempat Abam menginap tu dikatakan hanya 50 meter dari laut.



Emerald Pool pula merupakan sebuah kolam semulajadi yang terletak di Khlong Thom Nuea, di daerah Krabi. Airnya yang jernih dan biru seakan akan emerald menjadi tarikan utama.


KOS NAK KE TEMPAT² NI?

Tentang kosnya, kene lah tunggu post mortem trip Abam nanti. Tapi setakat ni apa yang Abam boleh bagitau adalah untuk penginapan di Koh Lanta dan Hatyai selama 5 Hari 4 Malam tu, Abam cuma berbelanja sejumlah RM 208 je..... Murah kan?

Mesti korang ingat abam tido kat hotel hayam kan? hahahaha.... TAK HOKAY!
Nanti Abam tayang gambar bilik semua kat korang ye?

Xsabar nak buat entry seterusnya bila sampai sana nanti...
Stay Tuned tau....

3 comments:

  1. xsbr nk tgu ksah abg..klo btol ok..awal bln 5 sy nk follow cm ape abg wat..ehheehee

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu next entry

    ReplyDelete