Friday, 21 April 2017

Plastik Sampah Harga Nasi Kandar!


Hari ni aku buang tebiat, keluar sejam awal sedangkan aku hanya mula keje pada jam 7 pagi.

Kononnya nak ride santai lah pergi keje. Hajat aku ak kesampaian bila awan mula menangis... Masa tu aku baru dalan 1km je dari rumah, nak patah balik tak boleh sebab hujan datang dari arah belakang.

Abam pun apa lagi, cabut lah cepat².... Sampai dekat area Setiawangsa memang dh tak boleh lari dah, hujan semakin lebat. Maka terpaksa lah abam berteduh di bawah jambatan. Kononnye nak tunggu hujan reda sikit lah tu, tunggu punya tunggu sampai jam dah menunjukkan pukul 6.40 pagi.

ALAMAK... DAH LAMBAT... JAUH LAGI PERJALANAN NI....

Tiba² terlintas dalam kepala... Eh... Depan tu ada 7e... Beli poncho lah... (Sebab nak cover laptop office je pun).

Abam pun redah lah hujan pegi kat 7e tu. Haaaa! Ada pun poncho... Terus abam sapu 2 sambil memikirkan petang nak jemput Cik AJ balik keje, baju hujan tertinggal...


Memandangkan dah agak lewat, laju² je amik poncho tu (1 biru, 1 pink - utk Cik AJ bukan Abam).

Terus pergi kaunter nak bayar... Abam keluarkan lah duit kecil (dengan konfiden bahawa harga dia masih RM 2-3 je!!). Sekali budak belakang kaunter tu cakap total dia RM11.60....

Terkedu kejap Abam kat situ... Boleh mati terkejut lah kalau Abam lemah jantung... Tapi disebabkan dh lambat Abam pun bayar je lah... Nak buat macam mana kan..

Sambil bukak poncho tu, duk menyumpah jugak... 
"Hampeh betul, plastik sampah ni aku bayar harga Nasi Kandaq!"...
Nak menyesal dah terlambat, jadi redha je lah...

Abam pun terus naik moto menuju ke tempat keje. Kau tau? Tak tau kan?
Jalan depan sikit, naik AKLEH dah reda hujan. Sakit je hati mengenangkan kerugian dipagi hari...

Moral of the story? 
"Sediakan payung sebelum hujan"

Dah lah duit lebur... Pastu sampai tempat keje lambat 10 minit pulak tu.... Erggghhh... Pagi² dah stress....

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads