Wednesday, 17 May 2017

Buffet Berbuka Puasa Di Streat Thai Berbaloi Baloi.


Setiap kali tiba bulan Ramadhan pasti semua orang sibuk survey tempat² menarik untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Secara kebiasaannya memang ramai yang akan cari Buffett Ramadhan dekat Hotel, yelah buka selalu berkumpul dengan family kan?

Tapi ada juga mereka² yang kurang mampu tapi masih teringin nak keluar makan dengan keluarga dan menikmati pelbagai juadah tanpa melaburkan beratus ringgit.

Abam nak kongsi sikit satu tempat yang abam pergi haritu, mereka menawarkan harga yang sangat berpatutan memandangkan jumlah juadah yang dihidangkan melebihi 60 jenis.


Tempat yang Abam maksudkan tu adalah Streat Thai. Restoran yang berkosepkan hidangan Thai asli atau menjurus kepada teknik masakan homemade ini terletak dia Jaya One, Petaling Jaya.
Hiasan luaran serta dalam nya memberikan gambaran seolah² kita berada dia walking street dan juga floating market.




Antara makanan yang boleh dikatakan SPECIAL di sini adalah Kambing Bakar, pelbagai jenis daging, makanan laut yang sangat fresh dan macam² hidangan lain yang disediakan menggunakan resepi turun temurun.





Haaaa.... bukan itu saja, Streat Thai jugak menyediakan lauk pauk yang kita mungkin telah pun biasa makan seperti Tom Yam, Green Curry, Sambal dan pelbagai jenis sayur dan ulam.

Dengan Buffett Spread yang melebihi 60 jenis makanan, dah tentu korang dapat menikmati macam² jenis hidangan.















Haaa... ni baru sikit tau yang Abam amik gambar.... Ada banyak lagi hidangan best yang abam tak sempat nak ambilkan gambar sebab ramai sangat orang malam tu.
Tapi percayalah, korang memang kena cuba sendiri baru korang tau macam mana rasa dia.

LAGIPUN ABAM LAPAAAAARRRR............. HEHEHEHE.....

 Keluasan kedai Streat Thai juga agak memuaskan, ianya tidak begitu besar namun masih dapat menampung jumlah pengunjung yang agak banyak.


Harga Buffet Ramadhan Streat Thai ni pula SANGAT² berpatutan...
Abam sendiri tengok risalah dia DUA kali sebab Abam ingat salah baca!


 Terkejut kan???

Jadi tunggu apa lagi? Korang boleh risik² dulu kat sini:

------------------------------------------------
Harga Buffet Ramadhan Streat Thai

RM 39.90++  : Early Bird (Tempahan 7 hari sebelum)

Normal :
RM 49.90++ (Dewasa)
RM 19.90++ (Kanak-kanak 6 - 12 tahun)
------------------------------------------------
Waktu Buffet Ramadhan :
7 Petang - 9.30 Malam (Setiap hari)
------------------------------------------------
Tempahan :
+603-7476 1297
------------------------------------------------
Alamat :
(Jaya One) 100-G The School,
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya,
46200 Selangor.
------------------------------------------------
Facebook : Streat Thai
Instagram : @streatthai















2 comments:

  1. sedap kan makan di Restoran Streat Thai... harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi untuk seisi keluarga...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menu dia...kena ajak partner la try berbuka kat sini pula

    ReplyDelete

Adsense Ads