Monday, 28 August 2017

Filem Malay Regiment - Memperingati Perjuangan HERO Tak Didendang!

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Malay Regiment, sebuah filem Patriotik terbitan Dato' Jurey Latiff Rosli bakal ditayangkan di pawagam tanahair bermula dari 31 Ogos 2017 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60.

Abam berpeluang menghadiri acara pra-tonton filem ini beberapa hari lepas, dilangsungkan di e-curve (macam biasa lah).
Lama dah abang tak tengok filem perang² ni... So abam agak excited jugak lah masa tu. 
Sebelum pra-tonton berlangsung kami berpeluang menyaksikan persembahan "bag-pipe" dari Rejimen Askar Melayu Diraja atau lebih dikenali sebagai RAMD dan juga mengambil beberapa gambar dengan "Askar Komunis" dan "RAMD" hehe...

(Gambar & Video akan menyusul disebabkan masalah teknikal. hehe)

Sinopsis Filem Malay Regiment ini mengisahkan 3 orang cucu kepada bekas tentera yang terkorban semasa bertempur dengan anasir komunis pada era 70an di Gubir, Kedah
Mereka ingin mengetahui kisah datuk-datuk mereka semasa berkhidmat sebagai anggota tentera. Mereka dipertemukan dengan seorang pesara tentera berpangkat Mejar Jeneral yang sedang menulis sebuah manuskrip tentang pengalaman beliau di dalam pasukan tentera darat ketika zaman INSURGENSI. 

Suka duka pahit maung serta semangat  yang tinggi dipaparkan oleh 3 wira tidak didendang iaitu Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt. Muda Razak dan ketika berjuang dalam pertempuran dengan anasir komunis adalah asas manuskrip beliau.
 Manuskrip ini mengangkat 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang diterapkan dalam jiwa anggota tentera Regimen Askar Melayu.
 Ia juga menceritakan bagaiman satu keluarga Cina diselamatkan ketika dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat kepada keluarga tentera. 

Secara ringkasnya Filem Malay Regiment diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. 
Sepanjang INSURGENSI ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. 
Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini. 



Malay Regiment juga mengupas wasiat yang ketiga dalam 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang wajib diketahui seluruh rakyat untuk dipertahankan oleh orang-orang Melayu.
Simbolik perjuangan  dan falsafah perjuangan Askar Melayu diangkat sebagai salah satu wasiat. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. 

Jalan cerita Malay Regiment ini bukan hanya satu Filem Simbolik atau Patriotik, malah ia juga satu filem yang penuh dengan aksi "realistik" dari segi choreography pertempuran, kerana mendapat nasihat Taktikal Pertempuran dari Anggota RAMD sendiri.

3 pertempuran antara anggota tentera dengan komunis dalam satu gerakan besar-besaran dalam Operasi Gubir 2 mengembur ke kubu-kubu komunis dilakukan apabila komunis menembak jatuh helicopter TUDM yang membawa 11 anggota keselamatan.





Regimen Askar Melayu Diraja sanggup mati demi Negara tercinta. 
Mereka tidak gentar walau nyawa jadi galang gantinya.
Nyata dialog "Kematian kita hari ini adalah untuk kehidupan waris kita hari esok" membawa kesan yang sangat mendalam kepada kita (generasi moden).

Rasa macam dah separuh filem ni abam dah cerita kat korang.....

Sebelum abam lupa, Filem ini turut dibintangi :

Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Yuswaisar
Zack Zamree
Mazlan Mokhtar
Normah Damanhuri
Nad Zainal
Kamal Adli
Falisha Crossley
Noni Af

Kalau korang nak tau jalan cerita selanjutnya, pergi lah ke pawagam berdekatan yer... Abam tak nak jadi "spoiler" kat sini.

WAJIB TONTON... tu pendapat Abam lah... hehehe...
Lagipun tak luak lah setakat 10-15 ringgit nak tengok wayang tu.

Support lah karya lokal kita kan...

Selamat menonton dan Selamat Hari Merdeka!!!

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads