Friday, 13 October 2017

Jimat Masa & Duit Dengan Shaves2U!

Selamat Sejahtera & Salam 1Malaysia.


Salah satu masalah bagi orang² macam Abam ni ialah "facial hair" a.k.a. misai dan jambang yang tumbuh dengan kadar yang sangat cepat! Dah macam Rabbit dah dia punya membiak. hahahaha...

Selalunya Abam akan mencukur 2 hari sekali sebab kalau tinggal seminggu confirm dah nampak macam "Chewbacca" dari Filem Star Wars! (Ni haaa... mamat bawah nie).


Masalahnya setiap kali Abam cukur, mesti luka sana sini sebab walaupun beli & pakai pisau cukur yang BRANDED & MAHAL ianya tetap akan tumpul kalau dah selalu sangat guna.
Tambahan dengan nak kene cukur macam² angle lagi memang settle lah pisau cukur tu dalam masa 2 minggu jer.

Nak dijadikan cerita, tempoh hari Abam teman Cik AJ pergi ke Jakel Mall sebab mak cik ni nak beli kain labucci bagai... (kurlas ko jah!). Lepas dah settle beli kain, kitorang pergi minum dekat kedai mamak berhadapan Jakel tu. Tengah minum tiba² Cik AJ kata dia nak masuk balik Jakel sebab terrr-berkenan dekat kain bling² warna biru ngan hijau pulak. #abamredha .

Masa dia takde and Abam duduk sorang² kat situ, datang lah satu salesman nie, terus terjah meja Abam. Sebab abam nampak macam foreigner kot (chewahhh). Dia bagi risalah kat Abam and tanya berapa kali Abam shave seminggu dan juga brand apa yang Abam pakai. Abam pun jawab lah bran Schick dan Abam shave setiap 2 hari.

"Wahhh.... Banyak laju you punya janggut tumbuh... You ada letak baja ke?"

Konghajaq punya cina... hahahaha...

Anyway, Abam pun layankan je lah sebab dah tak dan nak lari (barang² Cik AJ semua dia tinggal kat situ). Budak Cina ni pun bercerita lah pasal produk dia ni, mula² tu memang tak berkenan pun dengan barang tu, tapi bila dia dah bagi explaination and tunjuk produk tu..... Abam tengok macam best and berbaloi jer.

Awesome Shave Kit - MYR 109.00 shj!
Isi Kandungan Awesome Shave Kit:
1. Stainless Steel Surdy Handle
2.1 Set Ceramic Coated 5 Blade (ada 4)
3. 1 Set Ceramic Coated 3 Blade (ada 4)
4. 1 Tube Cooling Shave Cream
5. 1 Tube Soothing After Shave Cream

Awesome Shave Kit ni yang dia recommend dekat Abam, tapi disebabkan Abam dah ada shaving cream dengan After Shave yang lain, Abam cuma berkenan dengan shaver dia jer.
Tau kenapa? Sebab dia ada option untuk 3 blade, 5 blade atau 6 blade. Gempak weyh!

Kalau korang kira balik, set ni sangat berbaloi.
Bayangkan MYR 109.00 korang tu, bahagi dengan 12 bulan baru MYR 9.08 je sebulan!

Abam difahamkan bahawa setiap blade dalam set ni adalah Cerami Coated dan mampu bertahan 3x lebih lama dari blade biasa, dianggarkan jangka hayat setiap blade dalam lingkungan 3 bulan (kalau shave 2 hari sekali).

Set yang Abam beli kira set UPGRADE sikit lah sebab starter pack asal dia hanyalah MYR 18.00.

MYR 18.00 je untuk starter pack ni.
1. Sturdy Handle (1)
2. 3 Blade Razor (1)
3. 5 Blade Razor (1)
Abam tak minat yang 3 Blade sebab shave tak cukup licin, jadi Abam pilih 5 Blade dengan Sturdy Handle model terbaru. Handle ni membolehkan korang shave setiap angle dengan senang sebab kepala dia bolaeh rotate hampir 360͒ ...




Harga keseluruhan set yang Abam beli ni MYR 58.00, masih lagi murah kalau dibandingkan dengan shaver lain dalam pasaran sekarang contohnya Gilette dengan Schick. Paling best adalah trim blade pada bahagian atas shaver tu, korang boleh gunakan untuk trim rambut halus pada muka dan sekeliling bibir. AWESOME KAN?!

Buat pertama kali Abam shave tanpa melukakan muka!!! selalunya mesti terkena pada jerawat dan sebagainya. Take note ini FIRST TIME yer shave tanpa LUKA! and Abam dah start shave sejak umur 13 - 14 tahun. Masa yang diambil untuk shave pun hanya dalam 5-8 minit berbanding dulu hampir 20 minit.

Sekarang dah boleh katakan bye² pada semua shaver² yang lain... hahahaha...




Shaves2U bukan saja menawarkan shaver untuk lelaki sahaja malah untuk wanita pun ada, warna PINK lagi tau!
Kalau korang berminat nak mencuba produk ni, korang boleh beli online je melalui laman sesawang dorang ataupun melalui social media Shaves2U ni.





Mereka juga menyediakan after sales service bagi mereka yang nak order blade, shaver dan sebagainya. Sturdy handle juga didatangkan dengan jaminan "TIDAK AKAN ROSAK" dan kalu rosak, boleh berhubung dengan Shaves2U untuk menganti handle tersebut.

Semoga perkongsian Abam ni bermanfaat pada korang semua yer. #Abamcubajer

No comments:

Post a Comment

Adsense Ads